Monday, November 29, 2010

cuti 7 -kudat

Atas Nama Cinta

Dimulakan dengan BISMILLAH…J
Di desa Tjimahi
Maria yang putih
Atas nama cinta beralih kasih

Di desa Kemaman
Nadra yang rupawan
Atas nama cinta meniti iman

Kasih ibu tak berbelah bagi
Aminah – Adelaine berebut kasih
Kasih remaja sesingkat usia
Mansoor – Nadra terpaksa berpisah

Di Singapura merusuh angkara
Atas nama cinta
Sejarah berdarah

Di kota Belanda
Maria berhiba
Riwayat terluka
Atas nama cinta

Maria riang bercermin nadra
Nadra duka kembali maria
Maria bertaut asl keluarga
Nadra hilang kasih sejahtera

Huuuuwuuuu..:’( sungguh sedih…itu lagu..ntah macam mana cara nyanyikan…begitulah kisah natra/nadra…
Banyak-banyak novel yang aku baca (novel? Banyak? Wow!)
Novel Atas Nama Cinta inilah aku baca paling cepat. Kurang dari 12jam aku kira-kira..semalam aku start baca tapi tertidur dan aku sambung pagi ini dan habis..!
Sedih tau kalau kamu mau tau….
Kamu tau kan tu kisah natrah tu..aku ada terbaca..nama dia Natrah Binti Ma’arof…tapi dalam novel ini nadrah…tak kesah. Itu memang dia…

Masa aku baca buku ni…timbul rasa geram dan benci dengan penjajah! Bongkak! Sombong! Ingat durang tuhan ka apa? Ciss!!!
Kepada anda yang mahu tahu kisah tentang natrah ni…cari di google..ada tu sana..aku rasa novel ni memang cerita betul-betul pasal dia..dari dia kecik sampai la dia besar panjang ada anak 13 orang..dari nama dia maria bertukar nadrah/natrah atau putih…dari dia seorang kristian bertukar Islam dan kristian semula… dari bandung ke singapura ke Terengganu ke singapura semula…

Dan ada satu puisi suami nadra buat khas untuk dia masa dia sedih tidak mahu pulang ke belanda dan tidak mahu berpisah dengan ibu angkatnya, aminah…aku suka!

Tubuh Kurus
Berilah keyakinanmu pada diri
Seperti anak helang dengan sayap yang masih basah
Belajar terbang di langit merah
Usah hidup seperti kelawar
Yang selamanya takut mencabar siang
Sifat manusia gemar meragukan parasmu
Biarpun kau selalu meyakinkan bulan
Betapa sucinya hatimu
Sejarah demi sejarah telah menyaksi
Dunia tidak berdaya berlaku adil
Pada jiwa yang kerdil
Jadilah benih yang ditimpa salji
Kematangannya mampu menanti sinar mentari
Atau seperti pelangi pagi
Walaupun pupus ditelan hari
Telah Berjaya merawankan hati
Usah bertahan seperti karang
Keangkuhannya telah mendampar duyung dara
Yang mencari pantai bahagia
Atau seperti sekuntum mawar
Yang gugur ke dalam sungai
Kerana cemburukan keriangan arus
Kau tidak lagi dinilai sebagai kembang
Hanya sampah yang hanyut
Yang tewas dalam pergelutan
Berilah hatimu pada hidup
Jika perlu bakarlah diri
Seperti kekunang di malam sepi
Asalkan syurga mengangungkan namamu
Dan tubuh kurusmu
Melabuhkan ketenangan dalam pengorbanan
Berilah keyakinanmu pada hidup
Dan hidup akan meyakinkan hatimu




Bacalah. 

No comments: