Monday, November 29, 2010

cuti 4 -kudat

Dimulakan dengan BISMILLAH….:)


Whoohh!! Guess where am I now?
Hahahha perpustakaan negeri sabah cawangan kudat…bosa! Den koba awal-awal…memang bosa ni library..wehiiiiiiiii…!!

Aku satu urang? Dengan boifren orang kudat? Oo..no no no…aku dengan my lobeli lil brot…ayip..
Hahhahaha

Cakap pasal brot…kak yuyu pernah tag ayip di facebook..ayip ada facebook? Yes. Ada. Budak zaman sekarang…mana yang ndak da facebook…kak yuyu tulis caption pada gambar itu begitu la..”my lil brot ayip”…ayip baca…dan sedikit mengamuk..hahahha dia salah baca kot…[matai ‘kot’] bagi yang paham brot tu apa..maka paham lah..yang tidak tu…abaikan sahaja.

Hari ini ½ hariku di rumah…aku masak. Yeaaaahh! Masak! Aku suka masak! Tapi aku tidak pandai masak buat aku malas mau masak..betull ni!! Seriusss!! Aku pandai masak yang asas jak…hmm..to my future abang manis..jangan risau..aku akan belajar masak dengan baik dan sedap!

setelah aku selediki dan kaji..kenapa aku ndak mahir masak..dan inilah resultnya:
Q Aku ada ramai kakak. 4 orang itu aku anggap sebagai ramai ya.Mereka sangat bertanggungjawab dalam hal-hal masak memasak ni..aku hanya chef assistant sahaja bila di dapur.

Q Masa aku banyak di asrama berbanding di rumah. Sejak form1 sampai sekarang tinggal asrama. Di rumah pun hujung minggu..masa hujung minggu ni la kakak-kakak ada di rumah..mereka yang masak.

Q Memang aku ndak yakin kali masak-masak ni…sebab setiap kali cuba. Gagal! Ow man!

Baiklah, setakat ini tu jak yang aku tau kenapa aku ndak mahir memasak.

Dan inilah hidup...[tiba2]
Sebelah library ni ada esplanad sidek…kak nina pesan, kalau library tutup suda..pegi esplanad sementara tunggu dia..dan untuk pengetahuan anda…anak tuan sidek pemilik esplaned ini anaknya ada mengajar di sekolah tempat aku mengaji sekarang…bangga woo bangga..

Kak nina jaga exam untuk polis-polis…pertama kali juga la tengok kertas soalan exam dalam kereta..selalu tengok dari luar kereta orang jak..hihi..
kami pegi esplanade…tunggu kak nina…sambil membaca buku yang aku pinjam tadi…seronok! Tuhan Manusia by Faisal Tehrani…dia cakap macam ni..’andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tian serinya adalah agama’
helaian demi helaian aku baca…ada aku paham..ada jugak tidak…aku teruskan membaca…mahu habiskan..sebab aku mahu baca novel ke-2 yang aku pinjam…Atas Nama Cinta tajuk dia…cerita pasal nadrah.anak orang putih kena jaga lek orang melayu tu..

aku mau betul tengok pementasan teater Natrah…cerita pasal dia jugak…nadra ka natrah dia la tu yang aku maksudkan… tapi kesempatan itu tiada. Kalau aku orang sana..mesti aku selalu pegi istana budaya…wat can I say…is just hmmm…






.Masa untuk mengundur diri.
.canon delighting you always.

No comments: