Tuesday, December 28, 2010

Hey hey key key


Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Hey hey hey! Aku tulis lagi.
Hey hey hey hey! Aku tak percaya cinta…~~

Oh geli ini lagu dan penyanyinya.tapi biar dia.nyanyi memang kerja dia.aku sibuk buat apa?

Ok sekalian pembaca tinta…ini aku mau melaporkan cerita kemarin. Sebelum basi bagus tulis.

Aku pergi kk dengan Ildah. Ajie mana? Ajie masih dalam minggu peperiksaan. Jadi bawa dia pegi kk itu tidak mungkin.
Tujuan ke kk ini hanya untuk membeli kain batik Ildah. Aku langsung tiada motif untuk ke sana. Tiba di sana destinasi utama kami memang kain itu. Sudah dapat. Lepas tu pegi mana? Wo wo wo…tidak ke mana-mana… jadi kami jalan jak pegi mana kami suka…

Dan sila bayangkan…

Kami dari segama…ke kk plaza..ke cp…dan ke wawasan plaza. Aku kira itu sebagai merentas kk.

Habis.tidak tahu ke mana maka pulanglah kami. Hujan ya pada ketika itu…tapi kami redah jer…

Sampai kb tiadalah pula kereta…semua sudah balik.dan sekali lagi kami berhujanan.berkesejukan.

Sampailah kakak ildah datang ambik kami…

sejuk yo!!


p/s: aku ada beli baju.dan first time aku beli baju macam tu.oh my! Aku besar sudah. Pandai beli baju macam tu.








Sokong produk Malaysia.
Malaysia boleh!

rumarona


Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Okay…hari tu kami pegi rumah rhona…hehee..
Aku.besar.ildah.ajie
Naik kereta besar.kereta tu kecik tapi besar bawa.jadi kereta besar lah kan?

Asalnya aku sangka besar bawa pegi KM…sebab rumah rona yang aku tau di KM jak..aku exited bukan main.rupanya di Tambulion saja.hahahha. tambulion KB.aku tetap exited.

Mari aku cerita pasal rhona….rhona ni kawan aku di tun said dulu…kami ndak rapat sehinggalah kami disatukelaskan…aku ni memang begini..dari sekola rendah lagi duduk kelas ba.wau.dal.wau.ha  hahahhaha sekolah menengah pun…tapi naik jugak la kunu pi kelas orang-orang pandai…tapi aku pandai sikit jak.rhona ni budak pandai..pandai…??ya pandai!! Pandai dia pun gila juga.


p/s: kawan-kawan aku sikit jak yang ndak gila.rata-rata gila semua.
Addmaths? Bio? Chemist? Phyzik? Serendah-rendah markah kami sekelas dia jugak antara yang tertinggi…fuiiiyyooooo~~
Dia sama macam besar…suka melukis.katun.komik.kucing.
Jadi ada formula untuk mereka… iaitu…1M3K.


Wait wait wait… siapa besar? Besar ni syakirah. Siti syakirah saidi.kawan aku jugak.nanti lain hari aku cerita dia.
Sekarang  ni Rhona mengaji UMS…mau jadi cigu jugak dia hehe…cikgu Rhona.

Dan hari tu…tibalah kami di rumah rhona yang serba mewah itu.rumah rhona baru. Cantik.kami semua suka tengok rumah baru rhona.
Dan mulai saat ini rhona bukan lagi orang kota marudu. Rhona suda jadi orang kota belud. Hehehe…

yang penting lucu la.



Bercerita berketawaan bertekejutan berminuman bermakanan…tibalah waktu kami untuk pulang…


Kami pun pulang lah…ke kediaman masing-masing…







.Sesi ziarah tamat.

Tarting the egg.



Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Yuhuuuu…~~~
Hari tu kiko sms…
“dimana kau bermastautin minggu ni?”
Aku reply
“hahaha aku di ruma jak kali lepas ni.nokuro?”
Dia reply
“buat tart kita”
“bah! Jum!”
Dan kami pun buat tart…tart apa? Tart telur..hehehe
Sedap! Tapi manis!bikin mampus…XD

ini yang saiz biasa..


ini yang mini...tapi cacat! hahahha


Cerita pasal tart..dulu lepas SPM…kan cuti panjang dan berbulan-bulan…

Mama hantar aku ke kelas bakery…oh?kelas? kita anggap la itu kelas..tapi dia sehari jak…ildah pun ada sama…dan kami berdua merupakan peserta termuda pada waktu itu..yang lain semua sudah punya keluarga..kami diajar buat kek…buat bun yang sedap…buat itu ini..buat tart telur!

Semasa menimba ilmu ini jugaklah timbul idea kami <aku dan ildah> untuk niagakan apa yang kami belajar..

aku dan ildah mengambil keputusan untuk menjadi rakan kongsi perniagaan…kami berniaga tart telur..pasaran di sekolah kami jugak…budak-budak asrama kan suka beli-beli makanan..hahhaha kebetulan pula aku dan ildah punya waris yang masih berada di sana…kerja bertambah mudah.

Aduuu seronoknya ketika itu…lepas dapat untung kami beli barang lagi..lebihnya kami bagi-bagi la…sioknya…!!


uh! rupanya aku ada gambar ni lagi...
ni tart yang duuuuulu kami buat...
tu guna gambar..boleh simpan...ndak basi...hehhe



We’ve made a very nice partnership!

11 disember 2010


Dimulakan dengan BISMILLAH…J



Aisehhh..sentiasa senyum walau dilanda resah. [kunun]
Hello folks! Ini ada berita hot! Tapi aku tulis semasa dalam keadaan kesejukan…

Mari aku tanya…sekarang ni bulan berapa???masihi…masihi bukan hijrah…
Ok, biar aku jawab..bulan Disember. Disimbar dalam bahasa arab.
Kalau bulan ni jak memang musim dia begini…musim cuti.hahhahah saspen!
Musim tengkujuh! Hujan tak menentu…

Ok, soalan kedua…kalau hujan banyak-banyak apa jadi??eh, soalan budak2..
Kalau hujan turun dengan lebat dan tidak berhenti-henti apa jadi?
Ok, biar aku jawab…banjir!!

Dan inilah yang berlaku kepada kami…dan buat pengetahuan semua…banyak-banyak banjir yang aku alami di rumah ni banjir 2010 ni la penuh ujian…
Kenapa?dulu tidak menguji kah? Ofkos la ditimpa banjir ni dugaan dan ujian tapi ini yang aku rasa paling dahsyat! Kepada diriku. Ulang sekali lagi…kepada diriku.

Apa kecoh-kecoh ni…?? Apa jadi ni sebenarnya??
Begini…pagi yang gelap kini sudah terang itu masih hujan dan aku…seperti bot yang dipenuhi air memecut ke kedai runcit berdekatan untuk membeli tuala yang sangat berharga bagi kaum wanita..eleh..cakap jak la tuala wanita…3 buah kedai runcit aku pegi…haram satu yang buka…semua tutup.beli di kampung sebelah banjir! Kereta tak boleh lalu yop..!
Masih tidak terlintas difikiran aku banjir akan berlaku di kampungku..padahal dalam perjalanan tadi…aku terserempak trak bomba bernilai 3juta itu…~.~

Dan sehingga la aku dapat tuala ajaib itu…aku pun menyusuri jalan untuk ke rumah..dan…teeetttt!! dah kena! Kereta tak dapat lalu…rumah aku sudah ditenggelami air…ow no!!

Patutla aku hairan kenapa kereta kami di ruma ina’…mama baru hantar kereta dari sana tidak dapat merentasi air yang sedang deras itu…dan aku patah balik ikut mama…tapi, aku fikir…bagus aku di rumah dan memilih untuk pulang ke rumah..

nampak tu? kederasan air tersebut.
pagar kami tecabutt!!
Oh…setibanya di rumah..aku terus on camera telefon.macam biasa.memvideo menggambar.uh!


ini masa air belum naik betul...




Tiba-tiba….~~ OH TIDAK!! NOTA-NOTA AKUUUUU….!!!!!

Aku bergegas ke bawah dan menyelamatkan nota-nota aku dari sem1 sampai sem3 itu..uwuuuuwuuu berjurai air mataku melihatkan keadaan buku-buku…kertas-kertas…fail-fail..semua kembang!! Aku pun segera mengeringkan nota-nota yang sangat berguna untuk masa depan aku. Oh MQA!! Oh! Gimana sihh!! Aku pusing!! Pusinggg!! 



ni baru sikit..yang lain belum di kasi keluar
sedih kan rupa dia..:'(





Ya ALLAH…aku tidak mampu berbuat apa-apa selain bersabar dan menangis. Dan  mengkhabarkan kepada rakan-rakan akan berita ngeri itu. Mahu menyesal pun..tiada gunanya…sendiri buat sendiri tanggung. Kan?
mulai saat dan ketika ini aku tidak akan letak barang di bawah. Biar semua di atas!

Tapi bersyukur kepada Allah yang Maha Adil dan Maha Bijaksana..Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…banjir ini mengajar aku sesuatu yang akan menjadi pegangan hidup aku. Mau tau apa? Ndak mau bagitau! Ini rahsia aku dengan Allah..heheee

Proses membersih banjir pun dilaksanakan pada hari ini jugak..lepas air surut segera kami bersihkan rumah…malam ni pembersihan basah.esok pembersihan kering.








Apa yang jadi pasti ada hikmahnya.
ALLAH PUNYA RANCANGAN UNTUK KITA.
eat.love.pray

custom.bajaunya...kestum.

Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Oh hello readers! <ramai>

mm…ari tuu…18 desember 2010 hari sabtu aku ildah ajie edut dan besar pegi picnic..
uweeeee~~~!! Best kan! Semua perempuan yang kuat. Memandangkan kami semua perempuan jadi kami pun suka ati mau buat apa kami suka..hehe

lokasinya di pantai kuala abai atau kastum. Oh, begini…kami tu pegi kastum..kastum ni di kuala abai..cantik! pantainya sungguh cantik…!! Oleh itu kami tidak serik ke sana…

kami jalan tanpa dirancang. Aku bangun check henfon..ildah mesej…bawa picnic..dan kami ke pecan membeli barang-barang yang patut..
mmm…sedap! Belum bakar suda sedap!

Kami ndak da kereta jadi menumpang ja la…kesian…~~

Aku dengan ildah jalan sama-sama pegi pekan. Aku dan ildah? O yeahh! Selalu sama-sama sebab kami satu kampung. Aku sayang ildah.sempat.
Ajie pun datang..mmm ajie sudah bebas sari cengkaman maut STPM…syabas jie! I can smell your wonderful result!

Lepas tu kami tunggu edut. Edut…wuuu~~ gadis kenit cantik dari Pengkaan. Edut sekarang praktikal dengan SESB..waa kicil-kicil kena suru angkat wayar..hmmm kesian sahabatku yang satu ini.

Dan kami berempat menumpang ke pentai yang dimaksudkan…J KASTUM!
Tiba di sana kami menunggu besar. Besar pun sampai…dan kami meneruskan perjalanan. Mendaki bukit menurununi bukit untuk sampai ke pantai yang kami ingin tuju.

Banyak benda yang lucu. Kunyit hidup la…minyak yang sebotolnya…makanan yang hangusnya…nasi yang tertinggal dalam keretanya..monyet yang melintas jalannya..fire starter taik kudanya..

Hahahhahha lucu!

Apa yang best? Aku ndak pernah solat di tepi pantai…tapi aku nampak. Ildah dan ajie solat di tepi pantai…uh best!! Arah kiblat tidak diketahui..mujur sudah belajar masa sekolah dulu bagaimana hendak menentukan arah kiblat guna bayang matahari…J

Kami pun sembang..makan…snap sana snap sini…panjat sana panjat sini…

hmmm HARI YANG INDAH!

Ni la wajah-wajah kami yang tak ubah seperti kuya…comel kan kami…terbukti! 

dari kiri:
ildah besar edut ajie


mmm...lawa kan kami...?



ini buat2 diri sebagai kuya ni..
ketua dia yang tudung pepel







K
Tu jak
Feel brand new!

Sunday, December 19, 2010

habuk is dust

dimulakan dengan BISMILLAH...:)

ohh... agak lama ya aku tidak merepek di ruangan yang memang tempat aku merepek ni..hmmm
baiklah..
itu saja.







take care.
garnier.

Tuesday, November 30, 2010

surat khabar.

dimulakan dengan BISMILLAH...:)

surat khabar? apa kaitan...? aku bukan tulis pasal surat kabar pun...hahaha aku tiada frasa untuk tajuk entry kali ini. ada surat khabar depan mata, maka itulah tajuk. tajuk sahaja!


aku baru balik dari kk...kami sekali lagi buat servay harga barang-barang hantaran kak yuyu...
tinguk harga itu harga ini...warna itu warna ini..cehh sibuk la kononnya..




lepas tu kami singgah restoran tambi..ala di sini lido juga..lido ni kampung orang cina...waaaa~ sangat ramai ya mereka di medan selera mereka itu...macam-macam adaaaa... sup sasau...sasau salai..sasau bakar...sasau goreng mungkin...kami lalu pun ffuuuuu...harum sasau! hahahaha


kami pesan la makanan...ala roti canai jak..3 roti telu..2 roti kosong...sekali sampai....roti kosong 6 keping!! wow!! anney ni dengar tidak apa kami cakap...angguk bukan main paham tadi..hmm...oh, tidak apa.


kami pun makan...tiba-tiba..."bapa!! bapa!!" budak dua ikur itu berteriakan...
oh! its bapa...wuuu bapa datang ke restoran yang sama kami kunjungi..hihi..dan kami makan.






tadi pagi aku tengok muvi di hallmark...eh, hallmark bukan! diva...entah sejak bila namanya ditukar...lama suda pun tapi entah bila..hee
best pula itu muvi...lucu. mau cerita tapi malas menaip..mata aku ni mau tekatup sudah...kasi tajuk jak la..Play The Game.






baik tidur.

Monday, November 29, 2010

lepas kudat kk

dimulakan dengan BISMILLAH...:) 



seminggu aku di kudat...dan aku reka lagi cuti aku dengan seminggu di kk...
kudat tinggal dengan kak nina...kk tinggal dengan bapa, kak yuyu dan kak ija serta keluarga...
bosan di kudat tidak sama dengan bosan di kk...
kudat ketenangan
kk keseronokan
hahaha


makan sampai la aku di sini..kk
tinggal dengan ayip dan ari pada waktu pejabat
dan aku pasti..bila tinggal sini...tiada peluang untuk perut kosong dan mulut berhenti mengunyah.
bapa suka kasi makan orang...
dan tadi...jam 10 mereka keluar mendapatkan KFC dan roti canai...HABIS!!!
dengan berapa kunyahan sahaja..aduh!
gagal rancangan diet aku..
hahaha tipu...aku tipu...aku tidak diet aa...


hari aku di sini mungkin tidak sebosan di kudat hari tu...
sebab malam aku boleh online...wihiiiii~~


dan...kami baru sahaja selesai cari design untuk hantaran hari pertunangan kak yuyu nanti..
yang bestnya! aku rasa terlibat 100% dalam hal ini...



tadi bapa hantar kami ke Megalong....megalog di mana? Donggongon...kampung si Carrie..wuuuuu pasaraya terpanjang di asia...!! eh, kalau ndak silap la..hehe
masih banyak lot kedai yang kosong...orang pun belum ramai..
sama macam tanjung aru plaza dulu..
bapa bawa kami pegi sana masa kedai-kedai dalam tu masih belum berisi..


sempat kami jamah pizza hut dengan ayip mmmm.... nyam2!! sebab tu kk best!
dan lepas tu kami pegi survey harga barang-barang hantaran...SuRVeY jerr....mereka belum gaji lagi...hihi..
aku pun belum gaji...huh! sabar la nak...


esok mama datang..yeaaaa!!sebab??
review..~~
kesian mama...belum habis dengan doktor dan hospital
moga mama sihat selalu...:)





siap

uwuuu..ada orang kena pinang...~~

dimulakan dengan BISMILLAH...:)


uwuuuu..aku sampai rumah..
tadi petang mama call...
"jam berapa kamu balik?"
"lepas jam 5 kali..."
"oo..bah, ada orang mendo malam ni"
"ha? malam ni??"
"ya..orang pendo kau.."
"hahahaha..mama ni.."
"bah, pulang kamu..jam8 durang datang.."
"bah."
"bagi tau kak nina...tapi jangan suru dia pandu laju-laju"
"ok"


itu perbulan aku dengan mama...
kami sampai ruma jam7 lebi2...kudat - kb 1jam30minit ya..


dan....agak sibuk sesampainya di rumah...ada orang men masak-masak..ihhiiii..~~
seronoknya kena pinang...ewaaahhh...


bukan aku! kakak aku...uissss..kakak aku kena pinang....~~
aku exited sebenarnya...
kerja aku apa? rakam semua apa yang mereka cakap...ribu itu la ribu ini la..adat itu la..adat ini la...seekor la..dua ekor la...hmmm..tawar-menawar...~~


yang lucunya di sini...asalnya merisik saja..skali-skali...pihak lelaki ini mahu bincang terus soal hantaran..wow! 
selalunya orang akan bincang masa hari pertunangan...


majlis pertunangan akan diadakan pada 1 januari 2011...esoknya pulang skola..oh! rindu sekolah!


dan begitula ceritanya...kakak aku suda kana cop...enam tolak tiga...tinggal tiga yang bujang..mari-mari...!!! pinang kami...!!! hahaha




dan inilah wajah eksklusif kakak aku yang kena pinang itu...


hahahaha...tidurr!!!



ini la dia..my kak yuyu...comel!! aku suka cubit pipi dia.

dia cakap apa? ko yang ajar aku begambar macam ni...hahahahaha
kami ijik orang gambar macam ni sebenarnya..hihi

cakap mau kurus sebelum kawin..tapi i cakap..tak payah!



semoga apa kita rancang menjadi
semoga berkekalan ke anak cucu..
dui, orang baru mau betunang..






sekian repekan.

Time tu kudat byebye.


Pagi kami bangun awal….wooo
Pegi mana? Pegi bak bak again…lalalaaa
Kali ni awal… mau tgk sun rise…SUBHANALLAH!! Punya men cantikkk!!!

Tapi sayang….henfon teda betri…uh! Sungguh tidak lengkap hariku tanpa henfon…boring.
Henfon kalau aku bukan untuk sms jak… camera dia tuu..~~ fuuu paling penting!!

Dan aku masih menanti  office hour habiss! Mahu pulang ke desa tercinta…!!





.puyang.

cuti 8 -kudat masih..~~

Bored bored bored.

Itu saja yang dapat aku kata hari ni…
Hariku berlalu 113km dari rumah..
Oh! Aku begitu merindui rumah pada saat ini.
Esok adalah hari yang aku dan ayip nanti-nantikan…come on kudat! Buat sesuatu.

Rutin macam biasa…mengemas…masak…tv…tidur..ow man!
Tapi petangnya kak nina bawa ke bak-bak lagi…wuuu kilat menyambar-nyambar kami hentam jak ke sana…berbekalkan goreng pisang dan keropok-keropok yang kawan kak nina beli…

Kami pulang dan layan hantu kum kum..assalamualaikum..kum..kum…
Aku hendak menghantar mesej kepada kawan-kawan…assalamualaikum..kum..kum…
Teeetttttt!!! Masalah charger. Huh!





.siap.

cuti 7 -kudat

Atas Nama Cinta

Dimulakan dengan BISMILLAH…J
Di desa Tjimahi
Maria yang putih
Atas nama cinta beralih kasih

Di desa Kemaman
Nadra yang rupawan
Atas nama cinta meniti iman

Kasih ibu tak berbelah bagi
Aminah – Adelaine berebut kasih
Kasih remaja sesingkat usia
Mansoor – Nadra terpaksa berpisah

Di Singapura merusuh angkara
Atas nama cinta
Sejarah berdarah

Di kota Belanda
Maria berhiba
Riwayat terluka
Atas nama cinta

Maria riang bercermin nadra
Nadra duka kembali maria
Maria bertaut asl keluarga
Nadra hilang kasih sejahtera

Huuuuwuuuu..:’( sungguh sedih…itu lagu..ntah macam mana cara nyanyikan…begitulah kisah natra/nadra…
Banyak-banyak novel yang aku baca (novel? Banyak? Wow!)
Novel Atas Nama Cinta inilah aku baca paling cepat. Kurang dari 12jam aku kira-kira..semalam aku start baca tapi tertidur dan aku sambung pagi ini dan habis..!
Sedih tau kalau kamu mau tau….
Kamu tau kan tu kisah natrah tu..aku ada terbaca..nama dia Natrah Binti Ma’arof…tapi dalam novel ini nadrah…tak kesah. Itu memang dia…

Masa aku baca buku ni…timbul rasa geram dan benci dengan penjajah! Bongkak! Sombong! Ingat durang tuhan ka apa? Ciss!!!
Kepada anda yang mahu tahu kisah tentang natrah ni…cari di google..ada tu sana..aku rasa novel ni memang cerita betul-betul pasal dia..dari dia kecik sampai la dia besar panjang ada anak 13 orang..dari nama dia maria bertukar nadrah/natrah atau putih…dari dia seorang kristian bertukar Islam dan kristian semula… dari bandung ke singapura ke Terengganu ke singapura semula…

Dan ada satu puisi suami nadra buat khas untuk dia masa dia sedih tidak mahu pulang ke belanda dan tidak mahu berpisah dengan ibu angkatnya, aminah…aku suka!

Tubuh Kurus
Berilah keyakinanmu pada diri
Seperti anak helang dengan sayap yang masih basah
Belajar terbang di langit merah
Usah hidup seperti kelawar
Yang selamanya takut mencabar siang
Sifat manusia gemar meragukan parasmu
Biarpun kau selalu meyakinkan bulan
Betapa sucinya hatimu
Sejarah demi sejarah telah menyaksi
Dunia tidak berdaya berlaku adil
Pada jiwa yang kerdil
Jadilah benih yang ditimpa salji
Kematangannya mampu menanti sinar mentari
Atau seperti pelangi pagi
Walaupun pupus ditelan hari
Telah Berjaya merawankan hati
Usah bertahan seperti karang
Keangkuhannya telah mendampar duyung dara
Yang mencari pantai bahagia
Atau seperti sekuntum mawar
Yang gugur ke dalam sungai
Kerana cemburukan keriangan arus
Kau tidak lagi dinilai sebagai kembang
Hanya sampah yang hanyut
Yang tewas dalam pergelutan
Berilah hatimu pada hidup
Jika perlu bakarlah diri
Seperti kekunang di malam sepi
Asalkan syurga mengangungkan namamu
Dan tubuh kurusmu
Melabuhkan ketenangan dalam pengorbanan
Berilah keyakinanmu pada hidup
Dan hidup akan meyakinkan hatimu




Bacalah. 

cuti 6 -kudat

dimulakan dengan BISMILLAH...:)

Ini hari ke tiga aku di kudat.
Hari ini lagi lah…bosan tahap guling-guling!!!
Macam biasa…menonton rancangan kegemaran… membaca buku yang dipinjam…2 hari untuk Tuhan Manusia…habis!

Banyak tentang pluralisme… apa itu pluralisme? Kata dasarnya plural la…banyak..majmuk.
Jadi kawan-kawan…kesimpulan novel ni…Islam kata tidak pada pluralisme tapi kata ya pada toleransi.

Dan macam biasa hidangan untuk makan tengah hari ayip…ikan goreng dan mangga..hahha hari-hari tu jak yang dapat aku hidangkan buat ayip…sorry dik..kakak tau masak tu jak..

Kak nina pulang lambat sikit.. sebab ada urusan di pejabat…mau fotostat apa tu entah..katanya mau bawa kami menemankan dia malam ni untuk urausan fotostat itu…tidak jadi sebab malam ada hantu. Ok. Boleh diterima.

“bah turunla” mesej dari kak nina…sebelum tu dia ada call…suruh bersiap dalam 5 minit dia datang ambik kami di rumah…pegi mana? aku Tanya..pekan.
Rupanya apa? Dia tidak bawa kami ke pekan seperti yang dia katakan…malah bawa kami ke pantai Bak Bak…kak nina ada janji..bawa kami ke pantai tersebut… malangnya…dia kan kerja..petang baru dapat jalan-jalan..tambahan pula ari ni dia lambat pulang dari kerja..alamat malam la jalan..

Kami tiba di pantai bak bak..dulu kami pernah ke sini..masa tu ayip tiada lagi…baru ila…ila pun masi kecik…sempat lagi bawa buaian untuk adikku yang comel pada waktu itu tidur…

Sekarang ila sudah besar… tidak comel..tapi cantik! [ceh…bila rindu cakap macam ni la kaann..hahhaha]
Aku pun malas suda mau menaip..tiada suda mau ditutur dan diujarkan…




Dan sekianlah.

cuti 5 -kudat


Dimulakan dengan BISMILLAH...:)

Hari ini aku masih di rumah..kihkihkih...
Dan macam biasa...menonton MHI dan Racheal Ray mungkin Oprah..tuuu jak rancangan tv aku tengok dari dulu sampai sekarang..ndak sangka pula tv masih kasi tayang tu..Racheal Ray I mean..masih ditayangkan pada jam yang sama...woowww!

Selesai mengemas. Dan aku di sini menaip apa aku punya rutin harian...
Sebab bosan yang melampau...jadi aku mengambil alternatif ini untuk mengisi masa yang terbuang-buang ni..
Kemarin aku p library kan...buku yang aku baca banyak pasal masak-masak...aiskrim...kraftangan...last-last pinjam novel Isa Kamari,Atas Nama Cinta dan Faisal Tehrani,Tuhan Manusia..dan di sini aku membaca..ewaaahhh!! ndak tebal dan mcam siok...tu antara faktor aku pinjam...haddooooii! cerita lagi pasa ni..kemarin cerita pasal buku ni jugak..

Okay..kemarin kami pegi pusat sukan kudat..kak nina dan rakannya jogging..aku xda pakaian yang sesuai hanya berjalan kaki 2x400m je..teringat masa amali..hemp! 2.4km = 6rounds x 400m..fffuuhh!! mau mampus ka apa? 
Tapi abis jugak kan...biar pun masa yang tercatat cukup mengaibkan...hahhaha
trus mereka ikut tai chi..sioknya tinggal kudat! Kalau d kb ada macam ni kan bagusss..!!

lepas tu kami makan di esplanad...lepas makan kami sempat ke cyber cafe...lepas gian berfacebuk dan mahu mengupadate blog yang kian berhabuk..tapi hampeh! lembab mengalahkan siput babi!







.cerita tanpa penutup.
.eat.share.laugh.