Sunday, December 25, 2011

ukulele

mata aku nampak kuning tu cantik.
tapi aku ignore sebab pink lagi cantik


hmmm... tengok orang pandai main ukulele...
jeles pula.
mau pandai main tu jugak...
macam lutfi.
macam senang ja dorang main.
gitar ada 6 strings.
ni 4 jak.
aku rasa dia senang.
itu aku rasa.
sebab kau nda berapa mahal.
one day aku mau beli kau.



cehh. main gitar pun teraba-raba.
mau main ukulele.
manyak cantik muka tika.

aku kekoreaan 2

drama korea aku yang pertama Autum in My Heart. bukan Winter Sonata.
masa tu main dekat TV3..lepas skola gama trus tegok tu.
masa form 2 (2005) suru tengok Love Story in Harvard.. tahun ni (2011) baru aku tengok. bukan sebab minat tapi mau tau sebab ildah tengok tu dulu.
bertahun-tahun suda berlalu. aku tengok drama korea di TV lagi balik.
The Queen Retuns.




rupanya aku serius berkorea.
manusia macam air. pasang surut.

Tuesday, December 20, 2011

aku kekoreaan

sejak aku menonton Running Man.
aku banyak berubah.
aku menoonton Running Man tersebut berulang ulang kali.
selain itu, aku juga sudah mula bersiul lagu korea.
sarang surowo. shy boy. aing.
sebab mau menari macam dorang.
aku juga suda mula layan KBS World. channel 391.
aku suda mula search pasal orang-orang korea.
lee gwang soo. song ji hyo. kang gary. yoo jae suk. ha dong hoon.
aku juga berlatih menyebut beberapa vocab korea.
omo! oettokkhe?




Running Man merubah aku serta merta.

Thursday, November 24, 2011

Pencetusan Kelahiran

bismillah...

oh yeah! aku tau suda tarikh hari ini..! 24 November 2011 bersamaan 28 Dzulhijjah 1432 Hijrah! sebab hari ahad 1 Muharram detik permulaan..!he heee

berbalik kepada tajuk entry, Pencetusan Kelahiran atau dalam bahasa baratnya Induction of Labour. itulah yang berlaku kepada kakak aku.

induction ni berlaku disebabkan oleh faktor yang menyebabkan kandungan mengalami risiko. faktor yang aku maksudkan ialah, darah tinggi. kak nurul terpaksa menjalankan induksi. ha? induksi? set induksi? menjalankan induction kerana beliau menghidap darah tinggi. kesian.

90% ibu yang menjalankan pencetusan kelahiran akan melahirkan secara normal atau vaginal delivery. selebihnya (10%) melahirkan secara pembedahan.

anda paham atau tidak? doktor akan memeriksa pangkal rahim untuk membuka pintu rahim. apa itu pintu rahim? pintu tempat kita semua lahir. haa itu. geli pula hati aku dengar kak nurul cerita sekali dengan jarinya yang digerak-gerakkan menunjukkan cara doktor itu memeriksa pangkal rahimnya.. meremang ooi.
bbbbbbrrrrrrrrrrrrrrr!




akhir kata, SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU.
love your mum. and you'll be.

Wednesday, November 23, 2011

happy delivery.

assalamualaikum..
hari ini hari khamis.
24 november 2011 masihi.
hijrah? oh ceteknya aku! aku nda tau!

aku bangun tersangat la lambat hari ini..
beberapa minit sebelum jam 11. itu teruk beruk.

aku bangun. mandi yang jarang aku lakukan. kemas-kemas sikit yang juga jarang aku lakukan. tengok katun yang memang biasa aku lakukan dan.............

menerima panggilan dari kak ija yang biasa aku terima tetapi datang dengan cerita yang MENDEBARKAN!! macam Appolo!

kakak aku mau melahirkan! oh kesian! bukan dia mau melahirkan tapi dia terpaksa melahirkan...poor kak nurul...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. dan aku masih lagi boleh tulis-tulis sini ni kenapa? pigi bersiap!! sambut baby baru InsyaAllah...anak buah aku yang ke-7.InsyaAllah.


ya Allah, permudahkan urusan kami ya Allah.


Monday, November 21, 2011

oh boy!

asslamualaikum..
lama siot aku tidak memperbaharui entry untuk di enterkan dalam laman ini.
ku kira inilah aku mau tulis dan repekkan.

kalau dulu aku perli Zahiril Adzim masa dia belakon Merah Putih. sekarang aku suka dia sebab aku suda kenal dia. betul kata pembukaan forum, tak kenal maka tak cinta. tapi cinta dia pun kalau dia suda cinta orang lain duduk cangkung pandang langit lah.


sekarang.
aku rasa aku sudah jatuh cinta dengan Botak Juvana tu.
tapi aku jatuh hati bukan masa dia belakon dalam juvana. masa dia belakon dalam cinta alysa. peghh! caiyaq! memang caiyaq! tu pun kalau aku lilin la.

aku bagi tau mama yang aku mau kawin dengan dia.
mama said OK NAK.
aku tanya kakak aku,
kakak cakap, OK DIK.
tanda restu lah tu..semua orang restu perasaan cinta aku dengan dia.
punca masalah aku sekarang ni ialah, aku sendiri yakin semua ni tidak akan terjadi.
oleh itu, aku pun duduk dan berfikir.

konsep bercinta = bahagia.

untuk mencintai dia aku mesti mendoakan dia bahagia.
so, Johan...dua dunia kita berbeza.
walaupun aku percaya bahawa IMPOSSIBLE IS NOTHING..macam MU cakap.
tapi bab ini aku langsung tidak percaya keImposibelan ini.




tidak la kacak mana. tapi ada persona kali.




ayat drama: mencinta tidak semestinya memiliki.
ewah!

Friday, September 30, 2011

jangan kata mudah.

siapa kata subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ni mudah?
payah beb!


ingat mudah macam pegang gelung ni?
NO!


ingat senang kah mau buat macam ni?

aku hanya mampu betahan pada saat ni jak.
saat ni ja!
saat yang keduanya aku tabaring suda.
ok, aku akui aku keberatan dengan diri sendiri.



pecayalah. 
mana mungkin aku buat ni semua kalau tidak kerana cita-cita.



ndak apa.
penat lelah untuk anak bangsa.
banyakla aku merepak.

Sunday, September 25, 2011

dasar

memang dasar manusia.



bila senang lupa.

bila susah baru terhegeh.

Thursday, September 22, 2011

Saya akan Rindu Dia


entry KHAS buat cikgu kesayangan
CIKGU CAROLINE @ LORENA DAVID

setiap pertemuan mesti ada perpisahan. adatlah kan?
cikgu suda jadi tutor kami selama ini. 2009-2011...ya tidak la lama mana. tapi aku suda banyak belajar dari cikgu. dari A sampai la ke Z...
nasihat-nasihat cikgu semua sangat berguna. semua betul!


cikgu akan berhenti berkhidmat buat beberapa tahun untuk sambung belajar. Ph.D. tatatingkat tertinggi saya kira. sangat bangga dengan cikgu. cita-cita mau jadi macam cikgu. teringin sangat!


teringat dulu, masa banjir di rumah. nota-nota pembelajaran aku semua kembang dek air..sedih! serius sedih! aku kongsi perasaan dengan kawan2..termasuk cikgu. sebab aku xtau apa mau buat lepas tu. patutkah aku buat balik nota tu atau apa? yang buat aku terharu..hampir tengah malam masa tu, cikgu masih sudi call aku tanya macam mana keadaan aku dan nota2 aku..terharu siot!



terima kasih cikgu. kerana sudi meluangkan masa dengan kami. mendengar keluh kesah jiwa resah.
terima kasih cikgu sebab sudi jadi kawan kami.

ndak lama lagi cikgu akan mendirikan rumah tangga..finally! itu yang kami tunggu-tunggu...!
semoga berkekalan hingga ke anak cucu..:)


doaku buat cikgu, 
semoga cikgu bahagia dan gembira selalu.
sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Tuhan.

saya sangat sayang cikgu!

Angkat Bakul Masuk Sendiri

hujung minggu lepas,
I ikut program kewanitaan di tanah kelahiranku.
benda ni babu yang syorkan
memandangkan benda ni macam seronok untuk disertai
tanpa berfikir yang aku banyak assignment mau buat
aku kata YES BABU!



kiko.ajie.aku
antara warga 20-an yang ikut.
means, ramai beliau beb!



kami diajar buat bakul dari news paper..
kiri, kiko yang buat.
tengah, aku yang buat
kanan, ajie yang buat.


bukan itu sahaja, kami juga diajar bagaimana cara buat bunga ros guna duit kertas.
mm ni aku kurang mahir.
ceh.macam la bakul tu mahir.






ok tu jak.
kami dapat sijil.
kementerian pembangunan wanita dan keluarga.

pi bi es


ini kisah PBS atau SBE atau ROS
atau 
Pengalaman Berasaskan Sekolah
atau 
School-Based Experience
atau
Rancangan Orientasi Sekolah

semua benda yang sama pada konteksnya..

aku pun xtau macam mana lagi nak habaq..sebab benda ni suda bergiuk pun. bukan lagi basi. org putih cakap, let the pictures tell the story..

















apa pun, PBS II ni kurang lebih jak macam PBS I semester lepas.
kisah PBS II aku jauh berbeza dengan kawan2 lain.
mmm
cuba lagi la di sem depan.
InsyaAllah.




Sunday, September 18, 2011

...



suziela sudah kurus 
saya bila lagi?

Thursday, August 25, 2011

timba hilang






PERIGI CARI TIMBA

sebab 

PERIGI PERLU TIMBA




ini saya puji!

bismillah...

hari ini hari khamis...esok balik rumah!! yeaa!!
yang aku risau banyak kerja kumpulan untuk assignment kali ni...susah la mau buat kan..target buat minggu ni untuk yang berkumpulan but since banyak aktiviti...proses penangguhan berjalan dengan lancar.

okeh, ni nak habaq ni...kalau kami connect intenet guna jalur lebar sekolah...PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA pasti akan keluar!

dan yakinlah..purata mungkin 2 orang dari 10 guru pelatih yang buka mana2 link dekat website tu...
aku pula...ikut mood..ada mood aku beratkan juga mata untuk tengok2 apa2 maklumat baru dekat situ..kalau teda maka aku hanya akan tandakan X pada jawapan yang betul..

apa yang menarik perhatian aku masa tengok pemberitahuan di situ ialah pengumuman tentang suhu penghawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan tidak boleh rendah dari 24 darjah celsius...kagum kan!!


ngam la tu..mula-mula xboleh bawah 24 darjah...
lepas tu xboleh bawah 23 darjah..*sejuk lagi kah tu?
lamaaa lamaaaa kita buat..xpayah pakai penghawa dingin!

tapi tulah..kan aku da bagi tau...berapa orang jak yang sedar tentang ni...
atau mungkin aku yang baru sedar?
hah..apa-apalah...yang penting...dan sangat penting!!!


CINTAILAH BUMI KITA!

Monday, August 22, 2011

jumpa jawapan!


PLENTY 
OF 
PEOPLE 
ARE 
OVERWEIGHT 
BECAUSE 
THEY 
EAT 
TOO 
MUCH 
AND 
EXERCISE 
TOO 
LITTLE






-sumber-

Thursday, August 18, 2011

tidak akan pernah puas

BISMILLAH...

percaya atau tidak kalau aku cakap,


MANUSIA TIDAK AKAN PERNAH PUAS!



percaya atau tidak, tanya diri masing-masing...apa puas dengan diri sendiri? puas dengan diri orang lain?

 lain orang lain cara,
dan bila banyak orang banyaklah ragamnya...
kita mungkin puas dengan orang
tapi orang mungkin tidak
kita sangka kita sudah buat yang terbaik
tapi orang masih nampak tidak
kita sangka kita baik
tapi orang nampak tidak
kita sangka kita mampu buat orang gembira
tapi nyatanya tidak
kita sudah puas
orang lain masih tidak
orang lain mungkin puas
tapi tidak kita
kita puas 
mereka tidak
mereka puas 
kita tidak
masing-masing masih tidak puas.




aku masih mentah tapi aku mungkin aku boleh belajar.
kita manusia tidak lepas melakukan kesilapan.
kita melihat kesilapan orang bukan melihat kesilapan semata
lihat juga asbab dan musababnya
ingat, kita juga sentiasa buat silap
dan orang akan melihat kita mungkin seperti apa kita melihat mereka


Friday, August 12, 2011

10 wasiat Hassan Al-banna yang aku lupa.

Assalamualaikum...
satu hari sedang aku melawat page terkenal di Facebook..aku terjumpa benda dibawah ini. aku amati. renungi dan hayati. sungguh! 
aku lupa semuanya!


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


-sumber-





semua aku lupa.
kesal dengan diri.
kamu jangan lupa.
kita jangan lupa.

Tuesday, August 9, 2011

aku ada


ok, ini sesi tayang barang-barang comel...
since benda-benda ni  lebih dari 1...so, aku kira dia banyak lah...hahah maka 2 jak....

benda-benda comel loteh macam aku nih kawan aku yang kasi...
dan aku dengan rasa bangga bersulam senyum-senyum kambing mempersembahkan barang-barang comel yang aku ada...!!






MATAHARI ZOMBIE!!!
ni nadiah yang bagi
katanya..."di tawau xjumpa amplang, tapi aku jumpa ni..."
aku teriak kesukaan!




KEY CHAIN ANGRY BIRDS KUNING!!
ini bibi tomel yang bagi!!
hand made pula ni benda..
so aku bangga.




lagi bikin bangga...
belakang ni ada nama kite taw!!
suke sangat!!











terima kasih sebab sudi layan entry yang bangga diri ndak bertempat ni..
terima kasih guys!!!

p/s: dayang ndak buatkan aku tembikai pun..:'(

Sunday, July 31, 2011

fast and furious

assalamualaikum...
alohaaa! *bayangkan anda di hawaii.

sebelum tu, mari kita sedekahkan al-fatihah buat adik sahabat saya yang telah kembali ke rahmatullah lepas maghrib jumaat lepas..moga dia ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..
-baca..ada kawan di sebelah..bawa dia baca sekali-

ok, esok puasa!! merujuk kepada tajuk entry aku ni..fast tu puasalah...dan furious tu merujuk kepada cepat2 buka puasa sebab sunat..*merepek.

lama aku hidup di ratauan orang (aku tipu, aku belajar dekat dengan rumah jak)..dan aku macam sudah biasa pula macam ni...bak kata orang *kemelayuan di situ.. alah bisa tegal biasa...dulu puasa di asrama...5 tahun..mcam tuuuuuu la hidup aku...balik puasa dengan keluarga pun seminggu sebelum raya...dan ia berterusan hingga ke hari ini...

ingat pula time skolah dulu...bersiap bukan main awal p dewan makan beratur ambik makanan..dan berbukala kami beramai-ramai dalam dorm..time junior2 buka di dewan lah...suda jadi seniorita memandai la makan di dorm..hahaha....no, dewan memang xdapat tampung muatan...so apa lg...

masa ni juga sibuk2 p terwaih di surau...dan kami memilih tempat yang sangat stategik untuk menyimpan selipar...terawih siap tunggu imam fevret lagi menimamkan solat..ingat lagi nama encik tu...irawan. sedap sungguh suaranya mengimam..!

dan begini la seterusnya....kali ni beli makanan sendiri pula..

jadi, marilah kita menajalankan ibadah puasa dengan penuh rasa gembira!
puasa bukan menahan lapar sahaja...tapi cuba tahan benda2 lain yang menumbang kepada keburukan..contoh: cakap kutur, kutuk orang, perli orang dan sebagainya...

kepada kawan2 yang jauh tapi dekat di hati, selamat berpuasa!! aku rindu buka puasa dengan tray besi sama kamu!

sebijik tray masa skolah dulu
-thanks google-


kepada kawan2 yang dekat lagi sentiasa di hati, selamat berpuasa juga!! jum kita PJ!





p/s: ps = pusat sumber

Thursday, July 28, 2011

kekasih aku

jangan kau sedih bila ditinggal kekasih.
sedihlah bila ditinggal kawan.

jangan kau rasa sepi bila ditinggal kekasih.
sedihlah bila ditinggal kawan.

jangan kau merana ditinggal kekasih
tapi merana ditinggal kawan

kekasih hati boleh kau cari ganti
sahabat sejati seribu tahun mencari pengganti.

kekasih kau hilang
kawan kau masih di situ

kekasih kau pergi
kawan kau menunggu

kekasih kau menyakiti
kawan kau yang mengubati

kawan kau tu la kekasih kau



PLEASE, DO LOVE YOUR FRIENDS.

Saturday, July 23, 2011

kepingin

keinginan untuk balik rumah itu semakin menggunung.
malah meninggi mengalahkan gunung tergah di dunia.

keinginan untuk balik rumah itu semakin menebal.
malah mengalahkan ketebalan ensiklopedia sains di perpustakaan itu.

tubuh gendut yang separuh punama tidak diperlihatkan kepada keluarga ini
menjadi semakin atau kurang gendut. entah.

idea mati dengan serta-merta.

Monday, July 18, 2011

i love P.E but NOT HOCKEY

okay, tajuk entry yang agak berbahasa orang putih tapi hakikatnya aku cakap melayu sabahan jugak.
P.E = Physical Education = Pendidikan Jasmani



mm macam mana mau mula?
ok kita mula dengan set induksi main tanya-tanya dulu lah...

anda pernah main hoki?
pernah pegang kayu hoki?
pegang bolanya?
menjadi penjaga golnya?

eee aku sudah merasa itu semua! dan aku sangat gembira kerana punya pengalaman bermain semua benda yang aku tidak pernah cuba. sebab tu aku suka PJ...sebab PJ aku rasa aku kurus..(u wish).PJ buat aku rasa sihat. PJ buat aku rasa seronok! ini la kita panggil play more learn more...alaa macam milo tu..(mmm sedapnya Milo ice yang kaw kaw..mmm)




tapi aku benci main hoki.
termasuk sem ini, kami sudah 3x belajar main hoki.
yang bikin herannya...sudah belajar hoki...aku masih tidak tahu berapa orang pemain hoki dalam 1 team.
aku tidak tahu asal usul permainan ini.

apa maksudnya?

maksudnya, aku ni tidak tahu bersyukur.tidak tahu menghargai.betulla hoki tu permainan yang aku hanya pandang di hujung mata ja, tapi kalau kita belajar betul2 tidak mustahil kita boleh mahir dan handal dalam permainan ini.

inilah jenama stick kami pakai di sekolah


uh!walau aku paksa diri ini untuk main dengan penuh enjoy..aku masih tidak dapat.
setiap hari selasa aku akan rasa dikejami dengan permainan ini.
oh boy!





P.E is fun
but NOT HOCKEY!


p/s: kepada pembaca yang berstatus pemain hoki, sorry...aku memang ndak suka hoki.

Wednesday, July 13, 2011

full of Bliss

orait....
aku tadi cuba-cuba la main mekap2 blog aku ni....
1. aku kasi gerak2 tu tittle blog dekat tab tu....tapi macam ndak jadi ja tu aku nampak..
2. aku bagi gambar tu effect kabur jika disentuh oleh crusor anda.


Tuesday, July 12, 2011

mari merungut Malaysia!

assalamualaikum..
well hello there world...

sila rujuk video AnwarHadi

penat ah hidup macam ni..

sila rujuk video matLutfi


sebelum buat kerja yang sangat la melambak itu..
aku mau juga menyatakan perasa apa yang aku rasa sekarang.

Wednesday, July 6, 2011

4ml per Kg

kalau anda bersenam.
kemudian berpeluh dengan deras sekali.
minumlah air.
air yang sedap sesedap 100plus yang sejuk.
suhu air antara 4-12 darjah saja. 
means, ayaq sejuq la.

kalau berat anda seberat 66KG..
darab la dengan 4ml air.
tu ja jumlah air yang perlu anda minum.


P.E is fun!

Monday, July 4, 2011

dik, jangan besar!

dalam aku kecewa ndak dapat balik rumah ni..
roh mereka di rumah tu benar-benar menghantui aku di sini.
aku rasa muda bila berada di rumah...segala masalah tinggal di sekolah. *macam la bnyk masalah
dan pulang dengan hati yang cukup gumbira..

tapi hari ini TIDAK.

aku teringat akan adik bongsuku yang seekor ini.
Gempal. otak PS. Pemarah. Badminton. Basikal. Cengeng. dan Gempal lagi sekali.
aku kadang terfikir..

kalau la kau besar dik,
kakak ndak dapat lagi peluk kau.
kalau la kau besar dik,
kakak ndak dapat lagi cium kau.
mesti kau malu.
kalau kau besar,
mesti kau ndak macam kau yang kecil









kakak ndak mau kau besar sebab,
nanti kau jadi macam remaja sekarang ni
yang lebih suka pakai baju T-shirt Hitam ada gambar tengkorak
seluar kecil di bawahun
aik moto macam gambar di bawah
bukanla kakak suru kau pakai kemeja dan tali leher all the time.adoi!

kakak nda mau kau besar sebab,
nanti bapa teda kawan lagi mau main poke me back.
nanti bapa teda lagi kawan gaduh.
nanti bapa sunyi


kakak ndak mau kau besar sebab
nanti kau ada girlfriend
kau getek-getek kakak ndak suka!


kakak ndak mau kau besar sebab,
dunia ni banyak cobaan
kau kecik suda sakit.
besar nanti?

kakak ndak mau kau besar sebab,
nanti kau kawin
mama jadi ranking ke-2 lepas bini kau
jangan jadi camtu!

sebab syurga kau di tapak kaki mama,
syurga bini kau di tapak kaki kau.



kakak ndak mau kau besar sebab,
kalau kau besar cuti kakak mesti bosan
kau mesti jalan-jalan dengan kawan kau

percutian di Kudat

percutian ke Pulau Labuan
biarpun masa ni kakak ndak ikhlas bawa kau
percutian di Penampang

kundasang trip *luar negara sangatlah semua tempat melancong tu

cuti kakak ndak pernah bosan sebab kau pun cuti
walaupun kau suda pegi genting highland terlebih dahulu dari kakak *ada kaitan





sekarang kau suda tunjuk kebesaran kau.
cuci kasut kau pandai sudah.
stereka baju kau mesti belajar







kalau boleh dik,
biar kau kecik.

Saturday, July 2, 2011

sendiri lagi.

what a horrible day!
alone all the day.
no one to talk with.
no one to tease on.
and no one here.


sitting here with the fan sound and ketak ketak keyboard sound. that is what we call BAD.
what a lonely sunday!
i just don't like to be here alone. i'm suppose to be home with bapa and his dicovery channel...ayip with his PS...mama with her knife and vegetables...ari acting like Ben10, aditt acting like Otromen, aleesya with her cuteness, balqis with her 'ayah' cried, rian and yasmin with their breastfeeding...


okay, i better stop destroying the language.


semalam baru jak ejek grammar orang. macam la aku lahir di London kasi ketawa orang ckp english.
bagus aku cakap melayu sabahan.SELAMAT.kahkahkahkah *ketawa berdekah-dekah.


hmm fadthia ada kerja di surau. tukang ambik gambar. aku harap ini adalah permulaan yang baik bagi kerjaya yang paling dia minati itu. Photographer. eh, bukan cegu kah? ha ape-hape la. yang penting. kalau dia tidur aku jaga pun aku sudah rasa sunyi sepi. ni kan lagi bila dia pergi.
lihat betapa aku pentingkan diri. setiap minggu aku tinggalkan dia di bilik. dia ndak bising pun. aku baru ditinggalkan sehari suntuk suda repot dekat blog.
tak memasal!



aku cuba untuk memulakan pagi dengan buat aktiviti macam di rumah.
sarapan depan katun. tapi aku cari oggy dalam laptop suda la pula aku padam.
aku cuba tengok just for laugh. ndak juga bikin laugh. kalau ada kawan mesti lucu.
aku cuba tengok Jozan. ha ni aku ketawa seorang-sorang.pun ndak best.
aku cuba tengok lutfi yang sangat comel itu.
semua ndak sama macam di rumah.
















arrrrgghhhh this in unbearable.....!!

wa kichiwa...

hmmm apelah nasib...ooo apelah naaaasib... *saya berlagu pilu.

hari ini hari sabtu...
hari sebtu....
ari anam...
saturday...

aku tidak pulang rumah pun..
sempatla jugak balik kemarin dengan suziela...lepas cuci baju.zappp! pulang kent semula..
ni gara-gara larian 1Malaysia yang aku bejalan jak tu...
bak kata ain..kalau ada 300 orang perempuan di Kent ni..aku adalah wanita yang ke-397 sampai di padang tu. maksudnya..TERAKHIR. Pengarah pun bagi kalah sama kami...

lepas pura-pura berlari tu, adala pula main tarik tali...malu mahu meluahkan rasa hati kita ...*sekali lagi aku menyanyi.
batch kami dpt numbur 2..best bro! best bro! *ala nabil

lepas tu.tri.
kami p makan. di medan...oh ya! hari ni birthday si Kikong...bertubuh kecil ber**** besar...

eh,salah gambar..jap a kong. aku cari gambar kau 
ok itu kikong atau kartika
aku malas kalau kawan2 panggil dia kartika.
sebab aku pun akan tengok jugak
ok, abis pasal bfday si Kong...
tiba2 bapa call masa kami singgah di Tujuh E.
"kat mane?" bapa siap cakap KL you..
"di pekan, baru siap makan"
"nasi ayam juara?"
"ndak la.."
"kami di tuaran ni?"
"ah, bapa tipu."
"mau dtg bah, tapi kamu baru abis sukan kan?"
sukan? larian 1murid 1 suka 1 malaysia la bapa bisik hatiku
"aik? abis suda...datang la"

aku gembira bukan kepalang..
yess!! dapat juga aku balik..bentak hatiku.

kami pun balik la asrama...
aku pun tunggu...dan tunggu dan tunggu..dan tunggu...sambil baca blog mamat khalid..dan tertidur.
bangun lagi jam 255PM.
cek henfon haram 1 call pun tadak.
mesej pun tadak.
aku bangkit dengan perasaan sedih sekali.
aku ndak pulang.











.sangat sedih.
.mode merajuk dengan mama dan bapa.

Thursday, June 30, 2011

main dengan budak



our children from their earliest years must take part in all the more lawful forms of play,
for if they are not surrounded with such an atmosphere they can never grow up well conducted and virtuous citizen


-plato-

maksudnya?
aku pun ndak paham.
yang penting
budak-budak perlu main untuk belajar

Thursday, June 16, 2011

Kisah bermula dengan sebuah majlis perkahwinan.

ok, aku mula suda edit-edit


Orait dude!!  *mengharap ada dude yang membaca blog ini.kahkah.dude bukan duda.
Mari saya bercerita.
 Bermula 30 Jun 2011 kami sudah mula sibuk..buat itu ini untuk majlis hari jumaat dan sabtu nanti…perkahwinan antara kakak aku Noorul Aini dan boifrennya Billy Zulkarnine Wait Abdullah. Saudara baru beb..!beliau telah diIslamkan sebelum mereka mengikat tali pertunangan Januari lepas..Alhamdulillah..

Macam biasa, gotong royong buat kuih muih kering dan separuh kering dilakukan oleh babu babu, nenek nenek..macam ni la kita tinggal di kampong..muafakat membawa berkat..oleh kerana majlis kak Nurul bertembung dengan 2 lagi majlis lain di kampongku yang indah lagi permai ini, maka kunjungan gotong royong tidaklah semeriah mana, tapi masih memberansangkan! TERIMA KASIH BABU-BABU SEMUA!!TANAPA KAMU KAMI PASTI LEMAH BAGAI BURUNG KEPATAHAN SAYAP… *babu = mak cik

Dan tibalah saat yang dinanti-nantikan..NIKAH. oleh sebab ada 3 majlis di kampung…jadi kami terpaksa menunggu giliran Tok Kadi..kami dapat nombor 3 la..paling last..jam 1 di rumah sana..jam 2 di rumah situ..jam 3 barulah di rumah kami..So, aku hidangkan korang gambar-gambar je lah..*sasat.

ini misti ditandatangani oleh kedua-dua mempelai

ini kakak aku.
dia sedang sign tu borang kawin
lepas sehembus nafas lafaz..
bole main cimu-cium suda...

lepas nikah petang tu malamnya pula ada mandi badak...
mandi badak kalau di direct translation dari bahasa bajau ke bahasa melayu sama dengan mandi bedak. jangan terpedaya dengan namanya...bukannya pengantin dimandi bedakkan..tidak. time mandi badak ni, pengantin akan memakai baju tradisional bajau..dan ibu bapa akan menepung tawar pengantin..tanda restu la kot..

inilah baju bajau yang aku maksudkan..
comel kan aleesya!!

ahaaa..ini la mereka berdua..pelamin ni nama dia pelamin sama..pelamin bajau la tu..
selesai mandi badak..barulah pengantin diinaikan...sebenarnya malam tu ndak ramai pun yang datang.. sebab kan ada 2 lagi majlis yang sama berjalan juga..lagipun kami xda apa-apa aktiviti malam tu..sepatutnya ada titik, runsai, ngeat biula atau datu-datuan..kamu yang bukan berbangsa bajau kota belud mungkin ndak pernah dengar..so, aku kasi terang la sikit-sikit..

titik = main alat muzik yang terdiri daripada gendang, kulintangan, bebandil dan gong...semua dimainkan oleh dua orang setiap alat muzik kecuali kulintangan...and they make a beautiful sound! aku suka dengar titik lebih-lebih lagi masa melupus..melupus ni mereka akan main apabila hendak menamatkan permainan alat muzik ini...ada lagi satu..tigad-tigad..ini bunyi time pengantin lelaki sampai rumah pengantin perempuan..sumpah! mak suke dgr bunyi ni..siap senyum-senyum sambil angguk-angguk goyong kaki yopp!

runsai = runsai ni ada runsai Kagayan/Kegayan ada juga runsai Sama (Sama merujuk kepada Bajau)..ni pula main antak2 kaki di papan khas untuk runsai...bulatan akan dibuat. mereka berpegangan tangan, tapi lelaki dan perempuan pegang sapu tangan.*jiwang kan? dan mereka akan nyanyi ntah apa mereka cakap...jadi sambil nyanyi sambil ada bunyi pak kepak kepak pak papan tu...untuk makluman anda, dorang ni kena order tau..means..kena bayar la. 


Ngeat Biula = ngeat biula ni main biola bah..tapi ni biola ndak diletak di bahu..kana ampai ja di lantai dan dia pun main la...ada dua orang yang mendeklamasi puisi diiringi bunyi biula ini..lelaki dan pompuan la..mereka akan berbalas kalang atau bahasa Melayunya berbalas pantun..pantun mereka sebenarnya dalam bahasa melayu..tapi terlalu dilenggokkan bunyinya sampai aku ndak paham..dan mereka akan berbalas pantun sampai la pagi..stop masa subuh, sambung balik...aih.pelik. pelik-pelik pun, aku sangat suka bunyi mereka..


datu-datuan = ini game main sebut-sebut nama..hemm susah mau terangkan..aku terangkan di kelas pun lebih dari sekali baru mereka faham...yang penting game ni guna satu gong dan seorang yang berdarah Datu..contoh: Datu Raiman. hehehh


esoknya pula...sanding dan ada makan-makan la...masa ni la sibuk ulang alik..surang baling dalam bahasa bajaunya...apa ndak..refill lauk tu..




mekap2


pengantin lelaki pun sampai...


kenapa mesti kana angkat?


kami 8 beradik...4  suda kawin..4 lagi termasuk aku..hehheh


ini tukan mekap tu yang gambar..aku?TIDURR!


esoknya pula, ada majlis di Kg.Tempasuk...1st time aku iring pengantin and it was soooooo funn!! lampu emergency pasang..org kasi jalan..ee best lah!


ni sebelum bertolak ke Tempasuk..


dan, seminggu perkahwinan tamat..skrg minggu jalan-jalan bersama kawan-kawan...
dan, aku ingin mengucapkan jutaan dan beribilion serta trillion terima kasih buat Ajie dan Ildah yang sangat sudi menghadirkan diri setiap hari di rumah,,


ildah sampai ndak tidur ikut orang masak...
ajie sampai ambik cuti 3 hari dan bermalam di rumah hampir seminggu..
AKU SAYANG KAMU DUA!!!


ILDAH & AJIE


layan jak lah gamabar2 berikut..yang lain ada di FB kakak aku..ni yang sudaku edit


aku..tukang ambik gambar yang banyak aku rosakkan..
sorry kak yuyu.




lepas ni giliran kak nina pula,,baru aku...eee ndak lama lagi my turn


dan mama, tetap cantik!



sesi ini tamat