Thursday, June 16, 2011

Kisah bermula dengan sebuah majlis perkahwinan.

ok, aku mula suda edit-edit


Orait dude!!  *mengharap ada dude yang membaca blog ini.kahkah.dude bukan duda.
Mari saya bercerita.
 Bermula 30 Jun 2011 kami sudah mula sibuk..buat itu ini untuk majlis hari jumaat dan sabtu nanti…perkahwinan antara kakak aku Noorul Aini dan boifrennya Billy Zulkarnine Wait Abdullah. Saudara baru beb..!beliau telah diIslamkan sebelum mereka mengikat tali pertunangan Januari lepas..Alhamdulillah..

Macam biasa, gotong royong buat kuih muih kering dan separuh kering dilakukan oleh babu babu, nenek nenek..macam ni la kita tinggal di kampong..muafakat membawa berkat..oleh kerana majlis kak Nurul bertembung dengan 2 lagi majlis lain di kampongku yang indah lagi permai ini, maka kunjungan gotong royong tidaklah semeriah mana, tapi masih memberansangkan! TERIMA KASIH BABU-BABU SEMUA!!TANAPA KAMU KAMI PASTI LEMAH BAGAI BURUNG KEPATAHAN SAYAP… *babu = mak cik

Dan tibalah saat yang dinanti-nantikan..NIKAH. oleh sebab ada 3 majlis di kampung…jadi kami terpaksa menunggu giliran Tok Kadi..kami dapat nombor 3 la..paling last..jam 1 di rumah sana..jam 2 di rumah situ..jam 3 barulah di rumah kami..So, aku hidangkan korang gambar-gambar je lah..*sasat.

ini misti ditandatangani oleh kedua-dua mempelai

ini kakak aku.
dia sedang sign tu borang kawin
lepas sehembus nafas lafaz..
bole main cimu-cium suda...

lepas nikah petang tu malamnya pula ada mandi badak...
mandi badak kalau di direct translation dari bahasa bajau ke bahasa melayu sama dengan mandi bedak. jangan terpedaya dengan namanya...bukannya pengantin dimandi bedakkan..tidak. time mandi badak ni, pengantin akan memakai baju tradisional bajau..dan ibu bapa akan menepung tawar pengantin..tanda restu la kot..

inilah baju bajau yang aku maksudkan..
comel kan aleesya!!

ahaaa..ini la mereka berdua..pelamin ni nama dia pelamin sama..pelamin bajau la tu..
selesai mandi badak..barulah pengantin diinaikan...sebenarnya malam tu ndak ramai pun yang datang.. sebab kan ada 2 lagi majlis yang sama berjalan juga..lagipun kami xda apa-apa aktiviti malam tu..sepatutnya ada titik, runsai, ngeat biula atau datu-datuan..kamu yang bukan berbangsa bajau kota belud mungkin ndak pernah dengar..so, aku kasi terang la sikit-sikit..

titik = main alat muzik yang terdiri daripada gendang, kulintangan, bebandil dan gong...semua dimainkan oleh dua orang setiap alat muzik kecuali kulintangan...and they make a beautiful sound! aku suka dengar titik lebih-lebih lagi masa melupus..melupus ni mereka akan main apabila hendak menamatkan permainan alat muzik ini...ada lagi satu..tigad-tigad..ini bunyi time pengantin lelaki sampai rumah pengantin perempuan..sumpah! mak suke dgr bunyi ni..siap senyum-senyum sambil angguk-angguk goyong kaki yopp!

runsai = runsai ni ada runsai Kagayan/Kegayan ada juga runsai Sama (Sama merujuk kepada Bajau)..ni pula main antak2 kaki di papan khas untuk runsai...bulatan akan dibuat. mereka berpegangan tangan, tapi lelaki dan perempuan pegang sapu tangan.*jiwang kan? dan mereka akan nyanyi ntah apa mereka cakap...jadi sambil nyanyi sambil ada bunyi pak kepak kepak pak papan tu...untuk makluman anda, dorang ni kena order tau..means..kena bayar la. 


Ngeat Biula = ngeat biula ni main biola bah..tapi ni biola ndak diletak di bahu..kana ampai ja di lantai dan dia pun main la...ada dua orang yang mendeklamasi puisi diiringi bunyi biula ini..lelaki dan pompuan la..mereka akan berbalas kalang atau bahasa Melayunya berbalas pantun..pantun mereka sebenarnya dalam bahasa melayu..tapi terlalu dilenggokkan bunyinya sampai aku ndak paham..dan mereka akan berbalas pantun sampai la pagi..stop masa subuh, sambung balik...aih.pelik. pelik-pelik pun, aku sangat suka bunyi mereka..


datu-datuan = ini game main sebut-sebut nama..hemm susah mau terangkan..aku terangkan di kelas pun lebih dari sekali baru mereka faham...yang penting game ni guna satu gong dan seorang yang berdarah Datu..contoh: Datu Raiman. hehehh


esoknya pula...sanding dan ada makan-makan la...masa ni la sibuk ulang alik..surang baling dalam bahasa bajaunya...apa ndak..refill lauk tu..




mekap2


pengantin lelaki pun sampai...


kenapa mesti kana angkat?


kami 8 beradik...4  suda kawin..4 lagi termasuk aku..hehheh


ini tukan mekap tu yang gambar..aku?TIDURR!


esoknya pula, ada majlis di Kg.Tempasuk...1st time aku iring pengantin and it was soooooo funn!! lampu emergency pasang..org kasi jalan..ee best lah!


ni sebelum bertolak ke Tempasuk..


dan, seminggu perkahwinan tamat..skrg minggu jalan-jalan bersama kawan-kawan...
dan, aku ingin mengucapkan jutaan dan beribilion serta trillion terima kasih buat Ajie dan Ildah yang sangat sudi menghadirkan diri setiap hari di rumah,,


ildah sampai ndak tidur ikut orang masak...
ajie sampai ambik cuti 3 hari dan bermalam di rumah hampir seminggu..
AKU SAYANG KAMU DUA!!!


ILDAH & AJIE


layan jak lah gamabar2 berikut..yang lain ada di FB kakak aku..ni yang sudaku edit


aku..tukang ambik gambar yang banyak aku rosakkan..
sorry kak yuyu.




lepas ni giliran kak nina pula,,baru aku...eee ndak lama lagi my turn


dan mama, tetap cantik!



sesi ini tamat

5 comments:

ayunni said...

ahaha...sweet~! tapi, ayat ko mmg mantap la.. ahai~ sentiasa bwat i ceria taw..

Kopinai.ping said...

tahniah kak yuyu!!! wah tika.. lawa compo. =P

tikatika said...

@anna aqilah: aku memang la dark sweet..hikhikhik

tikatika said...

@fadthia : kau yang ajar kan..hihihihiiii

Kira Kekuri said...

ohh i am sorry x dapat datang, nnti u kawen sumpah i dtg (artis pnya percakapan)