Dengan Lafaz Bismillh saya mulakan coretan.
Hmm aku sekarang berada di perpustakaan (memilih untuk tidak sebut library). Sedang mencari apa yang belum jumpa. Yeah,da jumpa.
Aku agak sempat mengemaskini blog ya kawan-kawan! Hahahha bukan apa, sekadar mahu berkongsi apa yang aku dapat sebab aku rasa ini menarik. Bagi aku menariklah sebab aku melihatnya dan baru tahu apa yang aku lihat selama ini aku belajar rupanya.
Baiklah, usah bermadah dan melalut tidak tentu pasal. Adalah lebih baik lurus ke perpuluhan.
Kami diberikan tugasan. KENAPA KANAK-KANAK LAMBAT PANDAI MEMBACA?
Aku segera tulis di google. ‘kanak-kanak lambat membaca’
Sebelum aku bercerita lebih panjang, aku mau kongsi beberapa fakta tentang disleksia..apa itu disleksia?
R Nama lainya ialah ‘sindrom lambat baca’
R Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.
R Masalah-masalah disleksia:
o ketidakupayaan mengenal huruf
o cepat lupa serta menterbalikkan huruf.
o sukar untuk menyebut ayat yang dieja.
R disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik
R Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.
R Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran.
R Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.
Dan apa yang aku perasan..siok-siok aku membaca, eh! ADIK AKU DISLEKSIA!
Ingat dulu masa dia baru mau pandai baca..
LIDO. Dia sebut LODO.
Dia tulis huruf ‘S’… terbalik.
‘e’ pun sama.
Dan patutlah, dia tidak suka matematik. Lebih-lebih lagi kalau tambah nombor 2 digit.
15 +18 =………? Dia tiadak akan jawab.
Awal umur dia 8 tahun (darjah 2), baru dia tahu membaca.
Mama belikan dia buku cerita dan dengan bangga dia berkata “mak, abis suda aku baca”, ayip senyum. “baguslah, jadi apa la cerita dia nak?”, tanya mama…ayip terlopong. “hehe, ndak tau”, ayip senyum kambing.
tengok adik aku cari buku mau dibaca. comel kan? |
eh, begagar la pula ni gambar.. |
insap la dik.. |
adek aku gumuk. |
biar gemuk asal baik. kan dik... |
pernah tengok drama di astro prima kah ria tu aa..?? aku pun lupa..tajuk dia DISLEKSIA.
situ juga aku nampak, ramai pula mereka yang berjaya pernah ada disleksia.
aku pernah ada disleksia? entah.
kamu....?