Monday, December 23, 2013

Syukria Hai Mere Piya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


ALLAH terlalu baik.
Terlalu baik untuk buat jahat di sini.
Baikkah aku untuk DIA?
Melimpah-limpah kasihNya.
Kasih aku untuk siapa?

Ya Rabb,
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada ku harap hanya diriMU yang bertahkta.


Alhamdulillah.
Terima Kasih Allah.
Tolong jaga aku dan mereka sampai bila-bila.

Tuesday, October 22, 2013

FTAD.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum yall!


We heard it.
Five Times A Day. FTAD.

Haiya 'alal Falaah.

Mari menuju kejayaan.





Happy Exam!
muvie kejap bole?

Wednesday, October 9, 2013

Jangan bah!

Bismillahirrahmanirrahim

jangan merupakan perkataan yang sangat negatif.
sangat.
sama juga dengan TIDAAAKK!

tapi, mari buat dia jadi positif.

jangan.

Jangan manusia jangan
Jangan lupa Tuhan jangan

Jangan hati jangan
jangan membenci jangan.

Jangan hati jangan
jangan penat jangan

Jangan jiwa jangan
Jangan berdendam jangan

Jangan air mata jangan.
jangan mengalir jangan.

da.
no.
andae.
nehi.
 jangan.





Wednesday, September 25, 2013

untuk 500


Assalamualaikum..
hai!
hari ini tika nak share cara buat butter cake mudah.
sempena birthday Bibi, aku share resipi jak. bikin sendiri la bibi.
"BOO! share pun butter cake. tak mencabar langsung! orang ni share la cara buat kek lapis sarawak."

sebelum anda berkata sedemikian rupa, elok kiranya anda mengenali diri ini yang jarang sekali masuk ke dapur.

ini kejayaan besar tau! sebab kali ni aku bukan assist saja. tapi project manager.




500g untuk bahan-bahan berikut:
Marjerin
Gula
Telur (timbang saja dengan kulitnya)
Tepung (ayak, campur baking powder terus)

satu sudu teh penuh untuk berikut:
esen vanila
baking powder

cara-caranya. pukul semua bahan ikut urutan di atas. sampai dia cantik dan macam rupa adunan kek.
telur, masuk sebiji sebiji. tepung masuk sikit sikit.
bakar pada suhu 380 darjah kali. selama lebih kurang 45 minit.
kalau mau buat sikit. timbang sikit. mau banyak. timbang banyak.
kalau mau warna, kasi warna-warna.
Siap!


aku tau itu saja.











Thursday, September 5, 2013

Untukmu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Hai!







untuk meredah hujan dan kilat sambung menyambung itu.
untuk perasaan yang risau jalan-jalan banjir itu.
untuk menebalkan muka minta bapa belanja itu.
untuk waktu yang aku korbankan itu.
untuk petrol yang meningkat beberapa sen itu.








aku serahkan seluruhnya kepadamu
.


















Tuesday, September 3, 2013

Bulan Lapan di Sandakan, Saya Jumpa ini:

Bismillahirrahmanirrahim

masjid favorite color saya! kunun?

Keropok lekor yang bikin kau lepak di gerai macik tu sampai RM8 kau habis dekat lekor ni jak. Terbukti?


aku jumpa suda pusat geng kapak di sabah.



Arafah *paling kanan* yang mengingatkan aku kepada Ayip. Arafah dan Arif. Sikit sama.




Dik, Form 1 nanti takmau gendut-gendut ya. Ada macam Arafah?







Pengalaman Jamboraya Bulan Lapan di Sandakan aku ini terkisah bersama 2 sahabat baik aku, 
Adila dan Suzie.

atau nama rock mereka:
Fadthia dan Bibi




Saturday, August 3, 2013

நண்பர்

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamalaikum 
hello!




itu tulisan Tamil. Nanpar sebutannya. maksudnya ini.
aku baca di Terfaktab.
aku copy aku paste.
sebab aku suka baca.

kamu?




   All of us have friends. But not all of us have true friends. True friends are rare. They are special breed. They are hard to come by. True friends are exclusive species created by God. True friends aren't those things money can buy. They are so rare so the number of them usually don't exceed the number of fingers on a single hand. In every 1000 friends we have, there might be only one or two. Or none at all.

   Friends are presents. But true friends are God's gifts. They are rewarded to us. True friends are always there for you when you need them. They are even with you at times of when you don't need them. Because they know they are needed. Sometimes, true friends already knew what you didn't even tell them. Because they knew you so well. However, distance may kept them apart. But true friendship never separate them apart. True friends are friends who always listen and understand. They never punish, they never judge. True friends lend their hands before you even ask for help. True friends put themselves second before you.




  You could have few true friends. Those friends could also claim you are one of them. True friends stay and never leave when their friends are in trouble. The most important principle is, true friends never offer a hand while holding a knife on the other hand. Betrayers aren't even called as friends. They called Giraffe (ini aku tambah).

  Now ask yourself ? Are you a true friend ?





terima kasih kawan-kawan sebab jadi kawan aku.. pada aku, kamu memang anugerah Allah. (macam anak?)
aku sayang kamu!!




Monday, July 22, 2013

Saya Gendut dan Mengajar Pendidikan Jasmani

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum pembaca sekalian.

hari ini 14 Ramadhan 1434Hijrah. 23 Julai 2013.
masuk minggu ke-2 Praktikum saya di Sekolah Kebangsaan Malangang Baru, Tuaran.

dan, ini merupakan pengajaran Pendidikan Jasmani saya yang pertama.
selama ini yo yo ooh jer main-main masa PJ di kampus.
well, aku nda sangka pula mengajar PJ seronok macam belajar PJ juga..tambahan pula, students tahun 2 aku besar macam Ari dan Adip jak..lagi aku suka!
pakai outfit seorang guru PJ yang serba putih lepas tu kotor sikit itu tolak tepi la.
tapak PJ kami dekat sungai kot! mau ja aku berendam dalam sungai tuh. sebab aku dahaga.#aku nda cakap aku mau minum.

well yeah. tu jak kot.

aku pakai macam ni. versi muslimah.


mak, saya tukar opsyen boleh?
oh tidak boleh.

Saturday, June 29, 2013

Kinabalu! Now I See You

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dik...

kenapa dik? sebab kami baru sahaja selesai menguruskan para junior PPISMP yang baru masuk Isnin lepas. terbayang wajah 2009 aku dulu bila tengok dorang. Hehe..macam aku dulu, aku kurus macam dorang dulu.  Jadi, aku harap dorang baca blohog ni? nope la. saja bawa emosi kesanbaenim orang korea bilang. sanbae tu senior. hoobae, junior. booo! kak ija nda tau tu. Forget it.

I'm so glad to see the Kinabalu again after 2 weeks of summer haze (aku sebut macam Adele)..
Aku paling suka Kinabalu. Gunung Kinabalu aku suka.
Cikgu aku pernah tunjuk gambar Gunung Fiji Jepun yang dia snap sendiri masa pegi Jepun Mei lalu.
hati aku cakap, Kinabalu lagi cantik.
Kinabalu yang paling cantik and always be. kenapa? sebab itu saja gunung yang pernah aku nampak in real. hahaha.



2011
RM5 kredit utk Fadthia






stop. and be thankful to the Greatest Allah.
jom beli kobis!



Monday, June 17, 2013

level 4




amboi, siap 2 entries dalam 1 malam!
kalau macam ni buat assignment kan bagus.
2 assignments dalam 1 malam.







aku harap, aku dan kawan-kawan lain dapat New Highscore untuk 5 tahun kami di sini.
sekarang masih level 4.
goodluck!
potluck!
duck!




abaikan


Bismillahirrahmanirrahim.
aku nda busy.
aku ada banyak masa.
sebab tu aku buat ni.
terbalik.
saja mau cerita.
sebab aku tau, kakak-kakak dan adik aku juga pembaca blog aku. So, why not aku cuba temberang dengan dorang tentang hidup aku di Kent. lol. Taklah, cuma nak share la kan citer aku tak pernah citer kat dorang. oh, i'm speaking kl.
semua gambar di bawah merupakan aktiviti yang aku jalani semester lalu.
dan aku sangat enjoy the moments walaupun sepatutnya nda bole enjoy sangat. aku penduli apa aku mau cakap.

ini jawatankuasa perwakilan pelajar
aku ada di saf depan tu


ini lepas aku ikut pertandingan bercerita
aku pakai jubah yang ildah belikan sama macam dia
kenapa pakai jubah?
sebab tajuk cerita aku Singa Padang Pasit = Saidina Umar al Khattab
dari kiri, Nadzirah, Aku, Fadthia, Farah


Cikgu Carol olumis
ini masa dinner di Kampung Nelayan
dinner di kampung jak..jimat


ini masa Kejohanan Olahraga Tahunan atau biasa orang panggil, sukan.
aku pegang mic dan minta puji panggil atlet
aku juga atlet simpanan acara 400x4m jemputan, dapat gangsa.
aku nda tipu. serius!


ini rumah sukan aku, Rentap. Warna Kuning.
Ayip suka baju Rentap aku, sebab tu aku anggap sudah tu baju dia.
saiz aku sama dengan ayip? ya.



ini 4 Uranus SK. Sembirai
aku ajar BM
1 jam Isnin sampai Jumaat.
Aku suka


aku baru tahu, mengajar itu best!
lebih-lebih lagi bila students kau hepi dan suka kau masuk kelas dorang
thehhhehhhee



Kemuncak semester 5 aku di IPG ialah Peperiksaan semestinya.
aku nasihat kamu la yang opsyen BM, jangan ambil remeh Sintaksis dan Morfologi.
dua subject yang kau nda boleh belajar dua tiga hari.
sebab dia betul-betul mencabar.

sekalung penghargaan:
3 gambar dari atas disnap guna D90 fadthia.
2 gambar berikutnya aku ambik di facebook.
2 gambar terakhir guna kakyuyu pnya kamera.

ok tu je. boring kan?









Wednesday, May 29, 2013

oi hati-hati dengan budak

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakkatuh


dear valued customers,
dengar sini akak nak cakap. hati-hati dengan budak. you know budak? they are Clean and Clear but not Garnier. harap kamu fahamlah.

aku ada adik lelaki yang masih budak. Dia gendut gedempol dan masih budak. Almaklumlah budak, bila dia buat silap, kita yang besar ni lah yang bertanggung jawab membetulkan dia. jadi, setiap kali dia buat benda yang nda semena-mena, aku tegur dia..tegur apa? marah la. Mau kau cakap bagus-bagus? nda mendengarla dia.



masalah besarnya, aku nasihat dan terus nasihat dia sedangkan aku sendiri buat macam dia. you know what i mean? ya, itulah.

1. aku pernah marah ayip sebab menggunakan 'kau' instead of 'mama' dengan mama. aku marah dia. "KAU? kau ingat mama tu apa kau panggil kau kau?" nah, aku marah. Satu hari, aku puji gelang mama, "lawa gelang kau ni mak.." Ayip dengar dan marah aku balik. dia guna ayat yang aku guna dulu marah dia. see, budak kuat mengingat tau.

2. aku keluarkan kek untuk di makan. aku ambik 1 slice dan satu cupcake. aku makan sambil online. aku habiskan kek itu tapi tidak cupcake sebab  mau makan nanti. ayip pun keluarkan kek dari peti sejuk. slice yang besar. aku diam, sebab ayip memang makan banyak. tapi nda abis. aku marah lagi. "tu la! makan tu jangan ikut napsu. macam la kau nda bole ambik  balik kalau abis" sambil aku cuci gelas di sinki. "kak, kau punya cupcake tu na?" dia tunjuk cupcake yang nda abis aku makan. aku diam.

3. "dik, kalau nda tinguk tv tu off la. membazir karan jak"...dia pun off tv. satu hari, ayip tegur aku"kak tika tu, ndak dia off charger laptop tu. nah.." aku diam lagi.


itu sedikit contoh kisah budak. Kita yang besar ini sentiasa ingat apa kita cakap dengan mereka. sebab mereka ni jenis yang mark your words dan belajar dari words itu..dia simpan. Kalau ya pun mau mengajar, ajar diri dulu. nak nak kau tu bakal cikgu ye dak? tak pasai-pasai anak murid kau kencing berlari sebab kau.


..ibarat kain putih yang suci dan bersih,
terpulang bagaimana untuk mencoraknya..






Sunday, May 26, 2013

E6

Bismillahirrahmanirohim..
Assalamualaikum dan salam bollywood!


aku ada telefon.
kamu pun ada kan? S-II la S-III la S-IV la S sana S situ..itu baru S, belum lagi I...I phone..BB..smua huruf kau sapu.
aku? Norkiah ler apa lagi..





ini telefon aku. perasan BlackBerry sikit.

hubungan aku dengan telefon sangat akrab.
aku suka ambik video. terutama video gelagat anak-anak buah aku.
kadang-kadang, telefon aku lebih berfungsi sebagai video cam berbanding alat telekomunikasi.

walau bagaimanapun, aku selalu tertinggal handphone.
di rumah, di bilik, di kelas, dalam kereta, di restoran pun pernah.


nak tahu, aku did the same dengan kunci kereta.
sekali tu, aku tercicir kunci di RJ tuaran. sampai sekarang nda jumpa.
dua kalinya, kunci tertinggal di tandas restoran. nasip jumpa.


paling selalu berlaku, battery empty. dan aku akan biarkan sampai aku nampak charger.
dulu suziela geram sampai dia sendiri p charge telefon aku. dia selalu pesan, CAS HENPON KAU!

seterusnya, yang kerap berlaku pada henpon aku, tiada kredit.

moral of the story,
1. sentiasa ingat dan beringat.
2. bawa beg. kau perempuan, beg tu sinonim dengan kau.



kalau aku tidak dapat dihubungi, masalah-masalah di atas mungkin berlaku.

Sunday, March 17, 2013

KULIT SENSITIF

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum sidang pembaca yang akak sayangi semuanya .. 

hari ini, Kak Tik nak share satu jer..


Be modest, be respectful of others, 
try to understand.
tulisan sengaja dipurplekan sempena 1million woman purple walk yang akak sertai tadi


adik-adik semua, mestilah sentiasa peka kepada persekitaran adik-adik agar segera mendapat respon daripada apa yang berlaku. barulah hidup aman dan sejahtera. dalam sukatan pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan, terdapat satu tema yang bertajuk "hidup bersama dalam masyarakat dan sekolah"
sesuai dengan umur adik-adik (10-11 tahun) yang sudah mula mempelajari subjek PSK, adik-adik mesti tahu semua ini. akak pun malas nak cakap panjang, adik-adik pun dah besar kan, pandaila pikir ya.


akak sayang adik-adik semua!
mari kita jadi rakyat Malaysia yang berjaya!

Saturday, March 2, 2013

19 Rabiulakhir 1434H

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

aku manusia. sebab tu aku pelupa.
hari ini 2 Mac 2013 bersamaan dengan tarikh tajuk post ini dalam kalendar Islam.
hari ini tarikh ulang tahun kelahiran sahabat baik aku Ildah Nahur Padli.
 


INI UNTUK ILDAH.


dah, aku minta maaf sebab aku luuuuuupa! hari ini birthday kau yang ke 22.
macam taun lepas, birthday kau memang kena pada tarikh KOT kami.
mungkin aku lupa sebab terlalu fokus dengan KOT.
dan aku rasa sangat lucu sebab aku buka facebook baru aku teringat.



dah, HAPPY BIRTHDAY!! wa sayang lu sangat sangat!
semoga kau sentiasa kuat dan semakin kuat di sana.
semoga kau sentiasa macam kau sekarang.
terima kasih sebab selalu kasi ingat aku tentang posisi sebagai hamba Allah.
kau baik. sebab tu kau cantik.
kadang-kadang aku malas sebab kau baik betul. tapi aku suka sebab kau baik.
dah, aku mau jadi macam kau..baik macam kau.
bukan aku memuji. tapi terimala hakikat. kau patut dipuji.


berapa zaman kita sama-sama. aku nampak kau membesar. aku nampak perubahan kau. tumbuh dan bercambah macam pokok yang ranum berbuah. #ok kah begitu?
dalam fasa perubahan kau, aku banyak belajar dari kau.
ada sebab untuk aku tidak sayang kau? tiada.

kau selalu sedarkan aku yang peluang sentiasa ada.
kau ajar aku untuk terus berpositif walau dalam keadaan negatif.
aku rasa Allah sayang aku sebab takdirkan aku kawan dengan kau sampai sekarang.


sabda Rasulullah apabila timbul persoalan tentang siapakah sabahat yang baik?

seseorang apabila kamu melihatnya ,kamu akan teringat kepada Allah S.W.T, apabila kamu mendengar ucapannya, pengetahuanmu tentang Islam bertambah,dan apabila kamu melihat perlakuannya,kamu akan teringat pada hari akhirat,"


dah, aku sayang kau. sekali lagi, HAPPY BIRTHDAY DAHHHH!! saranghaeyo!


nah hadiah hari jadi kau.

aku pasti kau mesti ada sini masa aku taip benda ni sebab mula jam 9. aku siap tulis jam 9.10.






Tuesday, February 26, 2013

Bu'

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum.

dulu aku ada jiran. nama Aznabella. kami pangil dia Bibi.
kami ke sekolah sama-sama setiap hari.
tapi di sekolah kami tidak kawan pun. sebab kelas kami berbeza.
tapi lepas habis masa sekolah kami akan sama-sama pulang.
pegi sekolah agama pun kami sama-sama dan pulang bersama.
kami suka main di pokok jati tumbang dalam hutan belakang rumah.
kami namakan tempat itu Taman Jati.
pernah dulu kami accident naik basikal dan kesan parut masih ada.
Mama Bibi sangat baik. dia sayang Bibi, tapi aku kawan Bibi pun terlibat dengan kesayangan itu.*apakah?
sehinggakan aku masih merasa aura keibuannya sampai sekarang.
kami panggil mama dia Bu'. just Bu'. dan Bu' itu la mama Bibi. tiada Bu' lain.
sekarang kami suda besar.
gambar Bibi sekeping pun aku tiada.


#aku nampak gambar Bu' di Facebook. Bu' cantik!

Monday, February 18, 2013

if it so. then..

bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum permisa!

hari ini ibu' mau bercerita tentang satu kebeneran. yah tajuknya lagi diurangputiin toh, tapi usah repot-repot tentang tajuknya. karena ibu' hanya mau kogsi satu rahasia iaitu,

Beauty is pain.
no pain, no gain.

baiklah itu saja buat hari ini.
ibu' lagi males naipin.
semoga esok lebih baik dari ini ya ana'-ana'.


ya qalo duduk gini ya memang pain lahh gainnya lagi tiada toh.

Monday, February 4, 2013

oh Allah, forgive me when i whine

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum! 

hari tu, aku dan fadthia membentang untuk peraturan acara balapan dalam tajuk olahraga.
power point yang kami buat sudah siap seminggu awal. aku boleh lupa tajuk mana satu yang patut aku bentang. aku jadi pelupa recently. atau aku baru sedar yang aku pelupa?

soalan rakan-rakan kepada kami.

1. adakah peserta yang melakukan salah mula di'disqualified'kan atau diberi amaran sahaja?
2. bagaimana peserta yang mempunyai masalah pendengaran atau pekak, buta memulakan larian?
hah, lebih kurang begitu la.

jawapan soalan 2: tiada peserta pekak dalam paralimpik. tapi ada sukan untuk orang pekak 'deaflympic'

aku baca punya baca, then i  noticed. 
betapa aku yang sempurna ini selalu mengeluh.
padahal, mereka yang mempunyai kekurangan fisiologi masih yakin untuk terus maju.

teringat aku satu lagu yang adik aku ajar.
"forgive me when i whine" by Zain Bahika
katanya,

oh Allah 2x
forgive me when i whine
  
i have two legs to walk upon
i have two eyes to see the world
i have two ears to hear the world
and the world is mine.

with legs to take me where i go
with eyes to see the sunset glow
with ears to hear what i'd know
and the world is mine.

i stopped for a moment just look how much i have
everywhere in all our lives, these are HIS signs...



syukur dengan apa kau ada. kan panda?

Tuesday, January 29, 2013

mumbling with the month

bismillahirrahmanirahim
these are the month in Islam.
Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir these are the months in Islam
Jumadil Ula, Jumadil Ukhra, Rejab and Syaaban. Ramadhan x3 and Syawal, Dzulka'dah and Dzulhijjah these are the months in Islam
 #months in Islam oleh Yusuf Islam#
 

mau ingat nama bulan-bulan dalam Islam perlu nyanyi kan baru ingat?  kalau januari sampai disember zzzapp! begitu sahaja. suda di simpanan ingatan jangka panjang aku bos. itulah masalahnya, kita dari duuuuuuuuuuuulu diajar guna tarikh tu. letak tarikh Islam pun masa mata pelajaran PAI oleh ustazah Saideh. tarikh lahir kau dalam bulan Islam pun kau tidak tahu. kau tau, kau lahir bulan Disember. rasa kurang kan? 
today is 17 Rabiul Awal 1434H bersamaan 29 Januari 2013.

bercerita tentang hari, minggu, bulan dan tahun..aku rasa laju ja.
aku mula beraktif dalam kegiatan facebook. aku cari gambar dulu-dulu.
aku tafsir gambar tu. eh, kan a picture tells thousand stories? betul!
aku mula cari kawan-kawan lama.
kami lost contact sekian lama. tapi macam baru semalam memori tercipta. 
tup-tup sudah 7 tahun lalu..
6 tahun lalu
8 tahun lalu
woaahh we owe so much to Allah.
dan DIA begitu baik sekali sampai boleh izin kita untuk terus di sini.

aku jamin, tidak semua kawan ingat kita. sebab bila kita keluar dari zaman yang bernama persekolahan, hala tuju pembangunan diri masing-masing berbeza. jangan hairan atau terkejut kalau ada kawan yang tidak ingat langsung muka kita. tapi kita ingat dan kenal mereka on the spot kita nampak dorang. jangan sedih. take it easy.

satu tips yang aku mau kongsi dengan kamu untuk ingat akan kawan-kawan kamu atau untuk tidak lupa kawan kamu.

"simpan barang dorang"

tapi dengan syarat, mestila dorang tau, jangan kau curi bos barang dia sebab mau ingat dia. itu suda salah konsep tu. contoh, kamu bertukar barang dengan dia. aku punya baju kau ambil, kau punya baju aku ambil. kalau tidak pun, cuba kasi jak barang kamu dengan dia. pandai dia la mau simpan ka nda.

benda ini boleh jadi game kalau kamu mau dia seronok. kamu bertukar, then tetapkanlah, nanti kita tengok macam mana keadaan benda ni pada tahun 2020.. atau pun, nanti masa reunion kita bawa benda ni..isn't that fun?

barang Affeira yang masih aku simpan sampai sekarang. aku punya pula dia yang pegang (2006-today)



selamat mencuba!