Sunday, July 31, 2011

fast and furious

assalamualaikum...
alohaaa! *bayangkan anda di hawaii.

sebelum tu, mari kita sedekahkan al-fatihah buat adik sahabat saya yang telah kembali ke rahmatullah lepas maghrib jumaat lepas..moga dia ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..
-baca..ada kawan di sebelah..bawa dia baca sekali-

ok, esok puasa!! merujuk kepada tajuk entry aku ni..fast tu puasalah...dan furious tu merujuk kepada cepat2 buka puasa sebab sunat..*merepek.

lama aku hidup di ratauan orang (aku tipu, aku belajar dekat dengan rumah jak)..dan aku macam sudah biasa pula macam ni...bak kata orang *kemelayuan di situ.. alah bisa tegal biasa...dulu puasa di asrama...5 tahun..mcam tuuuuuu la hidup aku...balik puasa dengan keluarga pun seminggu sebelum raya...dan ia berterusan hingga ke hari ini...

ingat pula time skolah dulu...bersiap bukan main awal p dewan makan beratur ambik makanan..dan berbukala kami beramai-ramai dalam dorm..time junior2 buka di dewan lah...suda jadi seniorita memandai la makan di dorm..hahaha....no, dewan memang xdapat tampung muatan...so apa lg...

masa ni juga sibuk2 p terwaih di surau...dan kami memilih tempat yang sangat stategik untuk menyimpan selipar...terawih siap tunggu imam fevret lagi menimamkan solat..ingat lagi nama encik tu...irawan. sedap sungguh suaranya mengimam..!

dan begini la seterusnya....kali ni beli makanan sendiri pula..

jadi, marilah kita menajalankan ibadah puasa dengan penuh rasa gembira!
puasa bukan menahan lapar sahaja...tapi cuba tahan benda2 lain yang menumbang kepada keburukan..contoh: cakap kutur, kutuk orang, perli orang dan sebagainya...

kepada kawan2 yang jauh tapi dekat di hati, selamat berpuasa!! aku rindu buka puasa dengan tray besi sama kamu!

sebijik tray masa skolah dulu
-thanks google-


kepada kawan2 yang dekat lagi sentiasa di hati, selamat berpuasa juga!! jum kita PJ!





p/s: ps = pusat sumber

Thursday, July 28, 2011

kekasih aku

jangan kau sedih bila ditinggal kekasih.
sedihlah bila ditinggal kawan.

jangan kau rasa sepi bila ditinggal kekasih.
sedihlah bila ditinggal kawan.

jangan kau merana ditinggal kekasih
tapi merana ditinggal kawan

kekasih hati boleh kau cari ganti
sahabat sejati seribu tahun mencari pengganti.

kekasih kau hilang
kawan kau masih di situ

kekasih kau pergi
kawan kau menunggu

kekasih kau menyakiti
kawan kau yang mengubati

kawan kau tu la kekasih kau



PLEASE, DO LOVE YOUR FRIENDS.

Saturday, July 23, 2011

kepingin

keinginan untuk balik rumah itu semakin menggunung.
malah meninggi mengalahkan gunung tergah di dunia.

keinginan untuk balik rumah itu semakin menebal.
malah mengalahkan ketebalan ensiklopedia sains di perpustakaan itu.

tubuh gendut yang separuh punama tidak diperlihatkan kepada keluarga ini
menjadi semakin atau kurang gendut. entah.

idea mati dengan serta-merta.

Monday, July 18, 2011

i love P.E but NOT HOCKEY

okay, tajuk entry yang agak berbahasa orang putih tapi hakikatnya aku cakap melayu sabahan jugak.
P.E = Physical Education = Pendidikan Jasmani



mm macam mana mau mula?
ok kita mula dengan set induksi main tanya-tanya dulu lah...

anda pernah main hoki?
pernah pegang kayu hoki?
pegang bolanya?
menjadi penjaga golnya?

eee aku sudah merasa itu semua! dan aku sangat gembira kerana punya pengalaman bermain semua benda yang aku tidak pernah cuba. sebab tu aku suka PJ...sebab PJ aku rasa aku kurus..(u wish).PJ buat aku rasa sihat. PJ buat aku rasa seronok! ini la kita panggil play more learn more...alaa macam milo tu..(mmm sedapnya Milo ice yang kaw kaw..mmm)




tapi aku benci main hoki.
termasuk sem ini, kami sudah 3x belajar main hoki.
yang bikin herannya...sudah belajar hoki...aku masih tidak tahu berapa orang pemain hoki dalam 1 team.
aku tidak tahu asal usul permainan ini.

apa maksudnya?

maksudnya, aku ni tidak tahu bersyukur.tidak tahu menghargai.betulla hoki tu permainan yang aku hanya pandang di hujung mata ja, tapi kalau kita belajar betul2 tidak mustahil kita boleh mahir dan handal dalam permainan ini.

inilah jenama stick kami pakai di sekolah


uh!walau aku paksa diri ini untuk main dengan penuh enjoy..aku masih tidak dapat.
setiap hari selasa aku akan rasa dikejami dengan permainan ini.
oh boy!





P.E is fun
but NOT HOCKEY!


p/s: kepada pembaca yang berstatus pemain hoki, sorry...aku memang ndak suka hoki.

Wednesday, July 13, 2011

full of Bliss

orait....
aku tadi cuba-cuba la main mekap2 blog aku ni....
1. aku kasi gerak2 tu tittle blog dekat tab tu....tapi macam ndak jadi ja tu aku nampak..
2. aku bagi gambar tu effect kabur jika disentuh oleh crusor anda.


Tuesday, July 12, 2011

mari merungut Malaysia!

assalamualaikum..
well hello there world...

sila rujuk video AnwarHadi

penat ah hidup macam ni..

sila rujuk video matLutfi


sebelum buat kerja yang sangat la melambak itu..
aku mau juga menyatakan perasa apa yang aku rasa sekarang.

Wednesday, July 6, 2011

4ml per Kg

kalau anda bersenam.
kemudian berpeluh dengan deras sekali.
minumlah air.
air yang sedap sesedap 100plus yang sejuk.
suhu air antara 4-12 darjah saja. 
means, ayaq sejuq la.

kalau berat anda seberat 66KG..
darab la dengan 4ml air.
tu ja jumlah air yang perlu anda minum.


P.E is fun!

Monday, July 4, 2011

dik, jangan besar!

dalam aku kecewa ndak dapat balik rumah ni..
roh mereka di rumah tu benar-benar menghantui aku di sini.
aku rasa muda bila berada di rumah...segala masalah tinggal di sekolah. *macam la bnyk masalah
dan pulang dengan hati yang cukup gumbira..

tapi hari ini TIDAK.

aku teringat akan adik bongsuku yang seekor ini.
Gempal. otak PS. Pemarah. Badminton. Basikal. Cengeng. dan Gempal lagi sekali.
aku kadang terfikir..

kalau la kau besar dik,
kakak ndak dapat lagi peluk kau.
kalau la kau besar dik,
kakak ndak dapat lagi cium kau.
mesti kau malu.
kalau kau besar,
mesti kau ndak macam kau yang kecil









kakak ndak mau kau besar sebab,
nanti kau jadi macam remaja sekarang ni
yang lebih suka pakai baju T-shirt Hitam ada gambar tengkorak
seluar kecil di bawahun
aik moto macam gambar di bawah
bukanla kakak suru kau pakai kemeja dan tali leher all the time.adoi!

kakak nda mau kau besar sebab,
nanti bapa teda kawan lagi mau main poke me back.
nanti bapa teda lagi kawan gaduh.
nanti bapa sunyi


kakak ndak mau kau besar sebab
nanti kau ada girlfriend
kau getek-getek kakak ndak suka!


kakak ndak mau kau besar sebab,
dunia ni banyak cobaan
kau kecik suda sakit.
besar nanti?

kakak ndak mau kau besar sebab,
nanti kau kawin
mama jadi ranking ke-2 lepas bini kau
jangan jadi camtu!

sebab syurga kau di tapak kaki mama,
syurga bini kau di tapak kaki kau.



kakak ndak mau kau besar sebab,
kalau kau besar cuti kakak mesti bosan
kau mesti jalan-jalan dengan kawan kau

percutian di Kudat

percutian ke Pulau Labuan
biarpun masa ni kakak ndak ikhlas bawa kau
percutian di Penampang

kundasang trip *luar negara sangatlah semua tempat melancong tu

cuti kakak ndak pernah bosan sebab kau pun cuti
walaupun kau suda pegi genting highland terlebih dahulu dari kakak *ada kaitan





sekarang kau suda tunjuk kebesaran kau.
cuci kasut kau pandai sudah.
stereka baju kau mesti belajar







kalau boleh dik,
biar kau kecik.

Saturday, July 2, 2011

sendiri lagi.

what a horrible day!
alone all the day.
no one to talk with.
no one to tease on.
and no one here.


sitting here with the fan sound and ketak ketak keyboard sound. that is what we call BAD.
what a lonely sunday!
i just don't like to be here alone. i'm suppose to be home with bapa and his dicovery channel...ayip with his PS...mama with her knife and vegetables...ari acting like Ben10, aditt acting like Otromen, aleesya with her cuteness, balqis with her 'ayah' cried, rian and yasmin with their breastfeeding...


okay, i better stop destroying the language.


semalam baru jak ejek grammar orang. macam la aku lahir di London kasi ketawa orang ckp english.
bagus aku cakap melayu sabahan.SELAMAT.kahkahkahkah *ketawa berdekah-dekah.


hmm fadthia ada kerja di surau. tukang ambik gambar. aku harap ini adalah permulaan yang baik bagi kerjaya yang paling dia minati itu. Photographer. eh, bukan cegu kah? ha ape-hape la. yang penting. kalau dia tidur aku jaga pun aku sudah rasa sunyi sepi. ni kan lagi bila dia pergi.
lihat betapa aku pentingkan diri. setiap minggu aku tinggalkan dia di bilik. dia ndak bising pun. aku baru ditinggalkan sehari suntuk suda repot dekat blog.
tak memasal!



aku cuba untuk memulakan pagi dengan buat aktiviti macam di rumah.
sarapan depan katun. tapi aku cari oggy dalam laptop suda la pula aku padam.
aku cuba tengok just for laugh. ndak juga bikin laugh. kalau ada kawan mesti lucu.
aku cuba tengok Jozan. ha ni aku ketawa seorang-sorang.pun ndak best.
aku cuba tengok lutfi yang sangat comel itu.
semua ndak sama macam di rumah.
















arrrrgghhhh this in unbearable.....!!

wa kichiwa...

hmmm apelah nasib...ooo apelah naaaasib... *saya berlagu pilu.

hari ini hari sabtu...
hari sebtu....
ari anam...
saturday...

aku tidak pulang rumah pun..
sempatla jugak balik kemarin dengan suziela...lepas cuci baju.zappp! pulang kent semula..
ni gara-gara larian 1Malaysia yang aku bejalan jak tu...
bak kata ain..kalau ada 300 orang perempuan di Kent ni..aku adalah wanita yang ke-397 sampai di padang tu. maksudnya..TERAKHIR. Pengarah pun bagi kalah sama kami...

lepas pura-pura berlari tu, adala pula main tarik tali...malu mahu meluahkan rasa hati kita ...*sekali lagi aku menyanyi.
batch kami dpt numbur 2..best bro! best bro! *ala nabil

lepas tu.tri.
kami p makan. di medan...oh ya! hari ni birthday si Kikong...bertubuh kecil ber**** besar...

eh,salah gambar..jap a kong. aku cari gambar kau 
ok itu kikong atau kartika
aku malas kalau kawan2 panggil dia kartika.
sebab aku pun akan tengok jugak
ok, abis pasal bfday si Kong...
tiba2 bapa call masa kami singgah di Tujuh E.
"kat mane?" bapa siap cakap KL you..
"di pekan, baru siap makan"
"nasi ayam juara?"
"ndak la.."
"kami di tuaran ni?"
"ah, bapa tipu."
"mau dtg bah, tapi kamu baru abis sukan kan?"
sukan? larian 1murid 1 suka 1 malaysia la bapa bisik hatiku
"aik? abis suda...datang la"

aku gembira bukan kepalang..
yess!! dapat juga aku balik..bentak hatiku.

kami pun balik la asrama...
aku pun tunggu...dan tunggu dan tunggu..dan tunggu...sambil baca blog mamat khalid..dan tertidur.
bangun lagi jam 255PM.
cek henfon haram 1 call pun tadak.
mesej pun tadak.
aku bangkit dengan perasaan sedih sekali.
aku ndak pulang.











.sangat sedih.
.mode merajuk dengan mama dan bapa.