Thursday, June 30, 2011

main dengan budak



our children from their earliest years must take part in all the more lawful forms of play,
for if they are not surrounded with such an atmosphere they can never grow up well conducted and virtuous citizen


-plato-

maksudnya?
aku pun ndak paham.
yang penting
budak-budak perlu main untuk belajar

Thursday, June 16, 2011

Kisah bermula dengan sebuah majlis perkahwinan.

ok, aku mula suda edit-edit


Orait dude!!  *mengharap ada dude yang membaca blog ini.kahkah.dude bukan duda.
Mari saya bercerita.
 Bermula 30 Jun 2011 kami sudah mula sibuk..buat itu ini untuk majlis hari jumaat dan sabtu nanti…perkahwinan antara kakak aku Noorul Aini dan boifrennya Billy Zulkarnine Wait Abdullah. Saudara baru beb..!beliau telah diIslamkan sebelum mereka mengikat tali pertunangan Januari lepas..Alhamdulillah..

Macam biasa, gotong royong buat kuih muih kering dan separuh kering dilakukan oleh babu babu, nenek nenek..macam ni la kita tinggal di kampong..muafakat membawa berkat..oleh kerana majlis kak Nurul bertembung dengan 2 lagi majlis lain di kampongku yang indah lagi permai ini, maka kunjungan gotong royong tidaklah semeriah mana, tapi masih memberansangkan! TERIMA KASIH BABU-BABU SEMUA!!TANAPA KAMU KAMI PASTI LEMAH BAGAI BURUNG KEPATAHAN SAYAP… *babu = mak cik

Dan tibalah saat yang dinanti-nantikan..NIKAH. oleh sebab ada 3 majlis di kampung…jadi kami terpaksa menunggu giliran Tok Kadi..kami dapat nombor 3 la..paling last..jam 1 di rumah sana..jam 2 di rumah situ..jam 3 barulah di rumah kami..So, aku hidangkan korang gambar-gambar je lah..*sasat.

ini misti ditandatangani oleh kedua-dua mempelai

ini kakak aku.
dia sedang sign tu borang kawin
lepas sehembus nafas lafaz..
bole main cimu-cium suda...

lepas nikah petang tu malamnya pula ada mandi badak...
mandi badak kalau di direct translation dari bahasa bajau ke bahasa melayu sama dengan mandi bedak. jangan terpedaya dengan namanya...bukannya pengantin dimandi bedakkan..tidak. time mandi badak ni, pengantin akan memakai baju tradisional bajau..dan ibu bapa akan menepung tawar pengantin..tanda restu la kot..

inilah baju bajau yang aku maksudkan..
comel kan aleesya!!

ahaaa..ini la mereka berdua..pelamin ni nama dia pelamin sama..pelamin bajau la tu..
selesai mandi badak..barulah pengantin diinaikan...sebenarnya malam tu ndak ramai pun yang datang.. sebab kan ada 2 lagi majlis yang sama berjalan juga..lagipun kami xda apa-apa aktiviti malam tu..sepatutnya ada titik, runsai, ngeat biula atau datu-datuan..kamu yang bukan berbangsa bajau kota belud mungkin ndak pernah dengar..so, aku kasi terang la sikit-sikit..

titik = main alat muzik yang terdiri daripada gendang, kulintangan, bebandil dan gong...semua dimainkan oleh dua orang setiap alat muzik kecuali kulintangan...and they make a beautiful sound! aku suka dengar titik lebih-lebih lagi masa melupus..melupus ni mereka akan main apabila hendak menamatkan permainan alat muzik ini...ada lagi satu..tigad-tigad..ini bunyi time pengantin lelaki sampai rumah pengantin perempuan..sumpah! mak suke dgr bunyi ni..siap senyum-senyum sambil angguk-angguk goyong kaki yopp!

runsai = runsai ni ada runsai Kagayan/Kegayan ada juga runsai Sama (Sama merujuk kepada Bajau)..ni pula main antak2 kaki di papan khas untuk runsai...bulatan akan dibuat. mereka berpegangan tangan, tapi lelaki dan perempuan pegang sapu tangan.*jiwang kan? dan mereka akan nyanyi ntah apa mereka cakap...jadi sambil nyanyi sambil ada bunyi pak kepak kepak pak papan tu...untuk makluman anda, dorang ni kena order tau..means..kena bayar la. 


Ngeat Biula = ngeat biula ni main biola bah..tapi ni biola ndak diletak di bahu..kana ampai ja di lantai dan dia pun main la...ada dua orang yang mendeklamasi puisi diiringi bunyi biula ini..lelaki dan pompuan la..mereka akan berbalas kalang atau bahasa Melayunya berbalas pantun..pantun mereka sebenarnya dalam bahasa melayu..tapi terlalu dilenggokkan bunyinya sampai aku ndak paham..dan mereka akan berbalas pantun sampai la pagi..stop masa subuh, sambung balik...aih.pelik. pelik-pelik pun, aku sangat suka bunyi mereka..


datu-datuan = ini game main sebut-sebut nama..hemm susah mau terangkan..aku terangkan di kelas pun lebih dari sekali baru mereka faham...yang penting game ni guna satu gong dan seorang yang berdarah Datu..contoh: Datu Raiman. hehehh


esoknya pula...sanding dan ada makan-makan la...masa ni la sibuk ulang alik..surang baling dalam bahasa bajaunya...apa ndak..refill lauk tu..




mekap2


pengantin lelaki pun sampai...


kenapa mesti kana angkat?


kami 8 beradik...4  suda kawin..4 lagi termasuk aku..hehheh


ini tukan mekap tu yang gambar..aku?TIDURR!


esoknya pula, ada majlis di Kg.Tempasuk...1st time aku iring pengantin and it was soooooo funn!! lampu emergency pasang..org kasi jalan..ee best lah!


ni sebelum bertolak ke Tempasuk..


dan, seminggu perkahwinan tamat..skrg minggu jalan-jalan bersama kawan-kawan...
dan, aku ingin mengucapkan jutaan dan beribilion serta trillion terima kasih buat Ajie dan Ildah yang sangat sudi menghadirkan diri setiap hari di rumah,,


ildah sampai ndak tidur ikut orang masak...
ajie sampai ambik cuti 3 hari dan bermalam di rumah hampir seminggu..
AKU SAYANG KAMU DUA!!!


ILDAH & AJIE


layan jak lah gamabar2 berikut..yang lain ada di FB kakak aku..ni yang sudaku edit


aku..tukang ambik gambar yang banyak aku rosakkan..
sorry kak yuyu.




lepas ni giliran kak nina pula,,baru aku...eee ndak lama lagi my turn


dan mama, tetap cantik!



sesi ini tamat

katun loghat

pernah nonton katun The Grim Advantures of Billy and Manny?





katun zaman sekarang...boleh dwibahasa tau..tekan ja butang I-II pada remote kontelor anda..
bahasa akan bertukar mengikut pilihan...english..?melayu? or mandarin?
suke hati kome la...

yang penting katun ni lucu! hahahhahha


katun..jarang la ndak lucu..
ni pula lucu sebab karakter tengkorak tu cakap Negori...hahaha
lucu lah..

katun english kalau di tukar dalam bahasa Melayu memang lucu..tengkorak ni dalam english kena panggil skeleton..ndak la huduh sangat..hihhiii






poie pokan...~~~ lalalaaaa

Husband Laki Patni Suami

assalamualaikum...

hampir 20Tahun aku menghirup oxygen Allah..
pengalaman benyak mengajar aku tentang kehidupan *ayat yang biasa anda dengar*

kali ni aku mau membebel pasal suami la pula..

dear husband,
kamu ni semua macam hero bagi kami yang isteri ini *saya masih single*
kami rasa kuat bila kamu ada di sisi
kamu bagai raja bagi kami
yang perlu kami layan menurut hendak kamu
kamu idola anak-anak *kalau ada anak la*
kamu boleh jadi lebih dari suami
kamu boleh jadi tukang gunting, tukang paip, tukang letrik, tukang kereta, chef, raja lawak dan macam-macam lagi..



sebab tu semua perempuan mau kawin. supaya ada teman yang dekat dengannya. always and forever.
supaya hidup di dunia ni jadi lebih bermakna dan yakin


but husband,
please jangan buat kaum isteri kecwea.
sebab kami yang isteri ini lemah.
memang la ramai perempuan di IPTA/S di negara atau dunia ni..
tapi percayalah..kadang-kadang mereka tewas dengan benda-benda sentimental mcam ni..
sebab itu hakikat. wanita itu lemah dan perlu bimbingan dari kamu kaum adam.
jangan la buat benda-benda yang ndak elok
fikirkan anak isteri di rumah
yang menunggu kepulangan kamu setiap petang dari kerja
mengharap kamu datang dengan senyuman dan sorakan anak-anak(aneh pula bunyi sorakan dalam ayat ni)

hai patni..*suami dalam bahasa hidustan*
kya hwa hai?
ingat atau lupa lafaz ta'liq masa nikah dulu..
tanggungjawab banyak dengan isteri...
so, kenapa buat hal?
ni mesti kes pendek akal ni..
ndak pun godeea-godeea *godaan2*


apa2la suami...
yang penting, isteri bagai kepatahan sayap bila kamu tiada..

Ihsan WiFi

sekarang ni aku di kk...
kononnya mau ambik ujian komputer..
kan aku GAGAL dengan bergaya hari tu..
tapi sehingga hari ni aku belum booking pun..
dan mama pasti pot pet aku bila aku balik nanti..

dan inila aktivitas aku..
tunggu jiran aku balik on streamyx dia dan sama-sama online dengan dia..
hehee
suda dia ndak pasang password WiFi dia apa lagi..
sambil menyelam minum air lah..



kami semua suka bila dia balik rumah..
dan akur bila dia tidur...
sebab dia akan offline...
so, semua harapan untuk update itu ini..\upload itu ini..
dwnload itu ini
punah begitu sahaja..

walau apa pun...
kepada Madam Yatt Sun Lim dan keluarga (nama yang aku cipta untuk jiran aku), TERIMA KASIH kerana tidak pasang password ke atas jalur lebar anda...


dari aku dan keluarga

Wednesday, June 15, 2011

adults

assalamualaikum
salam sejahtera
salam perpaduan
salam 1 malaysia
salam rukun negara
dan salam akta dari HEP

satu hari, masa aku jalan2 pegi Perdana Park..tempat ni ada air menari-menari tau..best! masuk pun hanya RM1 itu untuk parking jak okay..
masa ni jugala kereta kecil warna itam kakak aku kena hentam bumper dpn nya oleh kereta besar..
baiklah, bukan itu aku mau stoli moli...

masa aku duduk-duduk melihat kanak-kanak yang sangat ramai di taman permainan mereka itu..timbul rasa ingin menyertai mereka..serius! aku mau sangat main panjat-panjat tu..main naik-naik jambatan..main ayun-ayun..main kuda-kuda..ee bestnya!!!

dan aku berfikir...kenapa tiada taman permainan untuk kami yang dewasa ni?
aku pun search la di google image kalau2 ada yang buat adult's playground ni...
tapi apa aku jumpa? ada blog orang putih yang juga punya persoalan yang sama dengan aku..
hahahah ce tengok ni cetengok..klik sini dan baca..

aku mau sangat ada macam ni...
taman permaian untuk orang dewasa...sebijik macam taman permainan kanak-kanak tapi dalam saiz orang dewasa..
mungkin dengan adanya tempat macam ni berat badan orang-orang yang berat akan berkurang..
kan kan kan?


hemmm kalau ada tempat cam ni kan best! 
aku mesti jadi pengunjung setia..

BAHASA

okay, tika berbual tentang Bahasa.
korang baca ja a..

dulu masa sekolah rendah, aku belajar bahasa Arab..dari tahun 1 sampai la tahun 6...
lepas tu sambung pula form 1 sampai form 5...
dan untuk pengetahuan anda semua..aku bukan la champin dalam bahasa Arab ni..
buktinya result SRU (Sijil Rendah Ugama)..PMR..SPM...semua ndak pernah dapat B...B pun ndak dapat..A lagi lah..

aku juga sempat belajar bahasa arab form 6..seminggu je kot..

sekarang aku menuntut di sebuah institusi pendidikan guru tempatan..*artis sangat la tu kasi sembunyi2 identiti* dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu...sumpah! betul ustaz cakap..banyak2 bahasa dalam dunia ni bahasa Arab la yang ndak pernah berubah..dari zaman Rasululah sampai la sekarang..tuuuuuu ja. benda yang sama.

tidak macam bahasa Melayu..yang sering berubah-ubah..dulu Che gu..sekarang Cikgu..dulu 'bacha' skrg 'baca'..english pun sama la...

soalan aku untuk diri aku...aku kenapa ndak belajar bahasa Quran di dengan bersungguh-sungguh dari dulu..??

aku betul2 cemburu dengar Ildah cerita pasal apa yang di belajar di sekolah dia...Ildah pun sama macam aku..teacher to be..tapi dia ajar bahasa Arab..aku bahasa Melayu..aku tanya ildah..

"kalau orang cakap arab kau faham lah?"
"faham jugak la.."
"macam kita faham orang cakap english?" aku tanya..
"ndak la juga macam tu..faham la juga.."

ildah cakap...apa yang cikgu dia ajar pasal bahasa Arab semua contoh-contoh ayat di ambil dari petikan ayat al-Quran..so, benda tu kau betul2 nampak...

ildah cakap..sejak dia belajar bahasa Arab dengan cara yang begitu..dia suka tengok Quran...masa dia cakap cam ni..jauh dilubuk hati aku betul-betul kesal dengan diri aku...

Besar pun sama macam Ildah...masih belajar bahasa Arab...dan aku sangat berbangga dengan Besar sebab masih meneruskan perjuangan...Besar sekarang belajar banking..tapi ada la juga dia belajar arab..

tiada ruginya belajar bahasa Quran..
sangat rugi masa ada peluan ndak belajar betul-betul...
macam aku la..isk isk isk..






baru aku tau menyesal.













menyesal mungkin ndak da guna...
tapi masih ada peluang untuk belajar...
kan?