Tuesday, December 28, 2010

Hey hey key key


Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Hey hey hey! Aku tulis lagi.
Hey hey hey hey! Aku tak percaya cinta…~~

Oh geli ini lagu dan penyanyinya.tapi biar dia.nyanyi memang kerja dia.aku sibuk buat apa?

Ok sekalian pembaca tinta…ini aku mau melaporkan cerita kemarin. Sebelum basi bagus tulis.

Aku pergi kk dengan Ildah. Ajie mana? Ajie masih dalam minggu peperiksaan. Jadi bawa dia pegi kk itu tidak mungkin.
Tujuan ke kk ini hanya untuk membeli kain batik Ildah. Aku langsung tiada motif untuk ke sana. Tiba di sana destinasi utama kami memang kain itu. Sudah dapat. Lepas tu pegi mana? Wo wo wo…tidak ke mana-mana… jadi kami jalan jak pegi mana kami suka…

Dan sila bayangkan…

Kami dari segama…ke kk plaza..ke cp…dan ke wawasan plaza. Aku kira itu sebagai merentas kk.

Habis.tidak tahu ke mana maka pulanglah kami. Hujan ya pada ketika itu…tapi kami redah jer…

Sampai kb tiadalah pula kereta…semua sudah balik.dan sekali lagi kami berhujanan.berkesejukan.

Sampailah kakak ildah datang ambik kami…

sejuk yo!!


p/s: aku ada beli baju.dan first time aku beli baju macam tu.oh my! Aku besar sudah. Pandai beli baju macam tu.








Sokong produk Malaysia.
Malaysia boleh!

rumarona


Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Okay…hari tu kami pegi rumah rhona…hehee..
Aku.besar.ildah.ajie
Naik kereta besar.kereta tu kecik tapi besar bawa.jadi kereta besar lah kan?

Asalnya aku sangka besar bawa pegi KM…sebab rumah rona yang aku tau di KM jak..aku exited bukan main.rupanya di Tambulion saja.hahahha. tambulion KB.aku tetap exited.

Mari aku cerita pasal rhona….rhona ni kawan aku di tun said dulu…kami ndak rapat sehinggalah kami disatukelaskan…aku ni memang begini..dari sekola rendah lagi duduk kelas ba.wau.dal.wau.ha  hahahhaha sekolah menengah pun…tapi naik jugak la kunu pi kelas orang-orang pandai…tapi aku pandai sikit jak.rhona ni budak pandai..pandai…??ya pandai!! Pandai dia pun gila juga.


p/s: kawan-kawan aku sikit jak yang ndak gila.rata-rata gila semua.
Addmaths? Bio? Chemist? Phyzik? Serendah-rendah markah kami sekelas dia jugak antara yang tertinggi…fuiiiyyooooo~~
Dia sama macam besar…suka melukis.katun.komik.kucing.
Jadi ada formula untuk mereka… iaitu…1M3K.


Wait wait wait… siapa besar? Besar ni syakirah. Siti syakirah saidi.kawan aku jugak.nanti lain hari aku cerita dia.
Sekarang  ni Rhona mengaji UMS…mau jadi cigu jugak dia hehe…cikgu Rhona.

Dan hari tu…tibalah kami di rumah rhona yang serba mewah itu.rumah rhona baru. Cantik.kami semua suka tengok rumah baru rhona.
Dan mulai saat ini rhona bukan lagi orang kota marudu. Rhona suda jadi orang kota belud. Hehehe…

yang penting lucu la.



Bercerita berketawaan bertekejutan berminuman bermakanan…tibalah waktu kami untuk pulang…


Kami pun pulang lah…ke kediaman masing-masing…







.Sesi ziarah tamat.

Tarting the egg.



Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Yuhuuuu…~~~
Hari tu kiko sms…
“dimana kau bermastautin minggu ni?”
Aku reply
“hahaha aku di ruma jak kali lepas ni.nokuro?”
Dia reply
“buat tart kita”
“bah! Jum!”
Dan kami pun buat tart…tart apa? Tart telur..hehehe
Sedap! Tapi manis!bikin mampus…XD

ini yang saiz biasa..


ini yang mini...tapi cacat! hahahha


Cerita pasal tart..dulu lepas SPM…kan cuti panjang dan berbulan-bulan…

Mama hantar aku ke kelas bakery…oh?kelas? kita anggap la itu kelas..tapi dia sehari jak…ildah pun ada sama…dan kami berdua merupakan peserta termuda pada waktu itu..yang lain semua sudah punya keluarga..kami diajar buat kek…buat bun yang sedap…buat itu ini..buat tart telur!

Semasa menimba ilmu ini jugaklah timbul idea kami <aku dan ildah> untuk niagakan apa yang kami belajar..

aku dan ildah mengambil keputusan untuk menjadi rakan kongsi perniagaan…kami berniaga tart telur..pasaran di sekolah kami jugak…budak-budak asrama kan suka beli-beli makanan..hahhaha kebetulan pula aku dan ildah punya waris yang masih berada di sana…kerja bertambah mudah.

Aduuu seronoknya ketika itu…lepas dapat untung kami beli barang lagi..lebihnya kami bagi-bagi la…sioknya…!!


uh! rupanya aku ada gambar ni lagi...
ni tart yang duuuuulu kami buat...
tu guna gambar..boleh simpan...ndak basi...hehhe



We’ve made a very nice partnership!

11 disember 2010


Dimulakan dengan BISMILLAH…J



Aisehhh..sentiasa senyum walau dilanda resah. [kunun]
Hello folks! Ini ada berita hot! Tapi aku tulis semasa dalam keadaan kesejukan…

Mari aku tanya…sekarang ni bulan berapa???masihi…masihi bukan hijrah…
Ok, biar aku jawab..bulan Disember. Disimbar dalam bahasa arab.
Kalau bulan ni jak memang musim dia begini…musim cuti.hahhahah saspen!
Musim tengkujuh! Hujan tak menentu…

Ok, soalan kedua…kalau hujan banyak-banyak apa jadi??eh, soalan budak2..
Kalau hujan turun dengan lebat dan tidak berhenti-henti apa jadi?
Ok, biar aku jawab…banjir!!

Dan inilah yang berlaku kepada kami…dan buat pengetahuan semua…banyak-banyak banjir yang aku alami di rumah ni banjir 2010 ni la penuh ujian…
Kenapa?dulu tidak menguji kah? Ofkos la ditimpa banjir ni dugaan dan ujian tapi ini yang aku rasa paling dahsyat! Kepada diriku. Ulang sekali lagi…kepada diriku.

Apa kecoh-kecoh ni…?? Apa jadi ni sebenarnya??
Begini…pagi yang gelap kini sudah terang itu masih hujan dan aku…seperti bot yang dipenuhi air memecut ke kedai runcit berdekatan untuk membeli tuala yang sangat berharga bagi kaum wanita..eleh..cakap jak la tuala wanita…3 buah kedai runcit aku pegi…haram satu yang buka…semua tutup.beli di kampung sebelah banjir! Kereta tak boleh lalu yop..!
Masih tidak terlintas difikiran aku banjir akan berlaku di kampungku..padahal dalam perjalanan tadi…aku terserempak trak bomba bernilai 3juta itu…~.~

Dan sehingga la aku dapat tuala ajaib itu…aku pun menyusuri jalan untuk ke rumah..dan…teeetttt!! dah kena! Kereta tak dapat lalu…rumah aku sudah ditenggelami air…ow no!!

Patutla aku hairan kenapa kereta kami di ruma ina’…mama baru hantar kereta dari sana tidak dapat merentasi air yang sedang deras itu…dan aku patah balik ikut mama…tapi, aku fikir…bagus aku di rumah dan memilih untuk pulang ke rumah..

nampak tu? kederasan air tersebut.
pagar kami tecabutt!!
Oh…setibanya di rumah..aku terus on camera telefon.macam biasa.memvideo menggambar.uh!


ini masa air belum naik betul...




Tiba-tiba….~~ OH TIDAK!! NOTA-NOTA AKUUUUU….!!!!!

Aku bergegas ke bawah dan menyelamatkan nota-nota aku dari sem1 sampai sem3 itu..uwuuuuwuuu berjurai air mataku melihatkan keadaan buku-buku…kertas-kertas…fail-fail..semua kembang!! Aku pun segera mengeringkan nota-nota yang sangat berguna untuk masa depan aku. Oh MQA!! Oh! Gimana sihh!! Aku pusing!! Pusinggg!! 



ni baru sikit..yang lain belum di kasi keluar
sedih kan rupa dia..:'(





Ya ALLAH…aku tidak mampu berbuat apa-apa selain bersabar dan menangis. Dan  mengkhabarkan kepada rakan-rakan akan berita ngeri itu. Mahu menyesal pun..tiada gunanya…sendiri buat sendiri tanggung. Kan?
mulai saat dan ketika ini aku tidak akan letak barang di bawah. Biar semua di atas!

Tapi bersyukur kepada Allah yang Maha Adil dan Maha Bijaksana..Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…banjir ini mengajar aku sesuatu yang akan menjadi pegangan hidup aku. Mau tau apa? Ndak mau bagitau! Ini rahsia aku dengan Allah..heheee

Proses membersih banjir pun dilaksanakan pada hari ini jugak..lepas air surut segera kami bersihkan rumah…malam ni pembersihan basah.esok pembersihan kering.








Apa yang jadi pasti ada hikmahnya.
ALLAH PUNYA RANCANGAN UNTUK KITA.
eat.love.pray

custom.bajaunya...kestum.

Dimulakan dengan BISMILLAH…J

Oh hello readers! <ramai>

mm…ari tuu…18 desember 2010 hari sabtu aku ildah ajie edut dan besar pegi picnic..
uweeeee~~~!! Best kan! Semua perempuan yang kuat. Memandangkan kami semua perempuan jadi kami pun suka ati mau buat apa kami suka..hehe

lokasinya di pantai kuala abai atau kastum. Oh, begini…kami tu pegi kastum..kastum ni di kuala abai..cantik! pantainya sungguh cantik…!! Oleh itu kami tidak serik ke sana…

kami jalan tanpa dirancang. Aku bangun check henfon..ildah mesej…bawa picnic..dan kami ke pecan membeli barang-barang yang patut..
mmm…sedap! Belum bakar suda sedap!

Kami ndak da kereta jadi menumpang ja la…kesian…~~

Aku dengan ildah jalan sama-sama pegi pekan. Aku dan ildah? O yeahh! Selalu sama-sama sebab kami satu kampung. Aku sayang ildah.sempat.
Ajie pun datang..mmm ajie sudah bebas sari cengkaman maut STPM…syabas jie! I can smell your wonderful result!

Lepas tu kami tunggu edut. Edut…wuuu~~ gadis kenit cantik dari Pengkaan. Edut sekarang praktikal dengan SESB..waa kicil-kicil kena suru angkat wayar..hmmm kesian sahabatku yang satu ini.

Dan kami berempat menumpang ke pentai yang dimaksudkan…J KASTUM!
Tiba di sana kami menunggu besar. Besar pun sampai…dan kami meneruskan perjalanan. Mendaki bukit menurununi bukit untuk sampai ke pantai yang kami ingin tuju.

Banyak benda yang lucu. Kunyit hidup la…minyak yang sebotolnya…makanan yang hangusnya…nasi yang tertinggal dalam keretanya..monyet yang melintas jalannya..fire starter taik kudanya..

Hahahhahha lucu!

Apa yang best? Aku ndak pernah solat di tepi pantai…tapi aku nampak. Ildah dan ajie solat di tepi pantai…uh best!! Arah kiblat tidak diketahui..mujur sudah belajar masa sekolah dulu bagaimana hendak menentukan arah kiblat guna bayang matahari…J

Kami pun sembang..makan…snap sana snap sini…panjat sana panjat sini…

hmmm HARI YANG INDAH!

Ni la wajah-wajah kami yang tak ubah seperti kuya…comel kan kami…terbukti! 

dari kiri:
ildah besar edut ajie


mmm...lawa kan kami...?



ini buat2 diri sebagai kuya ni..
ketua dia yang tudung pepel







K
Tu jak
Feel brand new!

Sunday, December 19, 2010

habuk is dust

dimulakan dengan BISMILLAH...:)

ohh... agak lama ya aku tidak merepek di ruangan yang memang tempat aku merepek ni..hmmm
baiklah..
itu saja.







take care.
garnier.