Wednesday, October 31, 2012

Bahasa Melayu

bismillahiraahmanirrahim
assalamualaikum

akibat pening membaca pemikiran dalam linguistik Ferdinand de Saussure dalam bahasa indonesia. Walaupun bahasa indonesia boleh dibaca dengan mudah tetapi memahaminya serupa membaca puisi bahasa Inggeris. payah untuk difahami. seribu kali aku baca artikel indonesia, aku jadi pening malah fikiran aku jadi pusing mikirin apa yang aku baca. dan aku tiba-tiba berbahasa indon?

jadi, otak aku tiba-tiba jauh memikirkan perkara ini...




secara hakikatnya tuan-tuan dan puan-puan,
bahasa melayu kita serumpun dengan bahasa indonesia.

kita serumpun dengan indonesia. itu poin aku.
dulu aku belajar juga asal usul bahasa Melayu dalam kursus Bahasa Melayu Akademik 1.
dikatakan bahasa melayu ini dalam keluarga Austronesia.
tetapi ia berubah kerana faktor geografi, sosial dan lain-lain.

soalannya kenapa ya ada masyarakat indon cakap kita ini ciplak budaya mereka?
batik kita ada dikata batik mereka.
tarian kita ada dikata tarian mereka.
lagu Negaraku yang sama dengan lagu rakyat mereka jadi perbalahan

sedar apa tidak mereka yang kita ini serumpun?
apa kau ada mestilah ada dengan aku juga.
kan elok bersatu. ibarat randy pangalila dan elfira loy.

kamu mesti  faham aku ada exam Linguistik esok.
ok daa.

No comments: