Friday, September 14, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah terakhir

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

seminggu sebelum Aidilfitri 1433H yang lalu, aku dan kawan-kawan batch 2011 telah menjalankan PBS. untuk makluman, ini PBS yang ke-4 dan inilah yang terakhir. tahun depan, Praktikumnya udah mula ya permisa.

PBS 1: sekolah tempat sendiri. aku pilih SK Labuan, Kota Belud.
PBS 2: sekolah bandar. aku dapat SK Bukit Padang, Kota Kinabalu.
PBS 3: sekolah luar bandar (eh, betulkah?). aku dapat SK Kuala Abai Kota Belud.
PBS 4: sekolah kurang murid. aku dapt SK Bundung, Tuaran.

*info tambahan: kecuali PBS 1, semua PBS, aku satu kumpulan dengan Ozlyn. what? yah.
*info tambahan lagi: Fail aku semua belum susun.cett.

SK Bundung, perjalanan yang mengambil masa kurang 10 minit untuk tiba di sekolah tersebut dari tuaran. pandangan pertama aku terhadap sekolah ini, Waaaahh! sekolah dalam taman..banyak bungaaa..

gambar di sekolah mestilah skema ya. kerana kaki sebelah ini suda cikgu. kalau buat muka juling, anak-anaknya jadi  kepelikan. "ui cigu tu juling" mereka kata.
banyak benda yang menakjubkan di sekolah ini selain daripada tempayan kubur orang dulu2..animisme..yang terletak berhampiran gambar aku di atas. guru-gurunya sangat peramah dan sangat tekun! bersungguh-sungguh. memandangkan ini hanya PBS, banyak masa kami di bilik guru saja buat kerja..(you wish, buat kerja). aku hanya nampak guru-guru berada di bilik guru semasa rehat. non stop! lepas masuk kelas, "eh, tu lagi banner sia bulum siap".."eh, sia pigi dulu tinguk bla bla bla", "eh, bla bla bla lagi pula sia ni"..bukti mereka kuat kerja, persekitaran sekolah ini. AMAZING!

bersama rakan setugas *tripp*. aku, ozlyn, alicia su, caroline tham (kent), azijah (tawau) dan fazilah (keningau)  di hadapan tapak perhimpunan.
hari terakhir kami di sini, ada majlis bagi duit raya dengan murid-murid (xtau nama majlis itu). fyi, kami pun dapat!! hurraaayy! terima kasi guru besar. nanti aku pn mau jadi guru besar yang begitu (kuat bagi duit?).

menara jam SK. Bundung yang melambangkan masa itu menjadi keutamaan di sini.

p/s: sekolah aku tidak ambik cuti raya. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Xperlu ganti sekolah beb!

No comments: