Tuesday, December 28, 2010

11 disember 2010


Dimulakan dengan BISMILLAH…J



Aisehhh..sentiasa senyum walau dilanda resah. [kunun]
Hello folks! Ini ada berita hot! Tapi aku tulis semasa dalam keadaan kesejukan…

Mari aku tanya…sekarang ni bulan berapa???masihi…masihi bukan hijrah…
Ok, biar aku jawab..bulan Disember. Disimbar dalam bahasa arab.
Kalau bulan ni jak memang musim dia begini…musim cuti.hahhahah saspen!
Musim tengkujuh! Hujan tak menentu…

Ok, soalan kedua…kalau hujan banyak-banyak apa jadi??eh, soalan budak2..
Kalau hujan turun dengan lebat dan tidak berhenti-henti apa jadi?
Ok, biar aku jawab…banjir!!

Dan inilah yang berlaku kepada kami…dan buat pengetahuan semua…banyak-banyak banjir yang aku alami di rumah ni banjir 2010 ni la penuh ujian…
Kenapa?dulu tidak menguji kah? Ofkos la ditimpa banjir ni dugaan dan ujian tapi ini yang aku rasa paling dahsyat! Kepada diriku. Ulang sekali lagi…kepada diriku.

Apa kecoh-kecoh ni…?? Apa jadi ni sebenarnya??
Begini…pagi yang gelap kini sudah terang itu masih hujan dan aku…seperti bot yang dipenuhi air memecut ke kedai runcit berdekatan untuk membeli tuala yang sangat berharga bagi kaum wanita..eleh..cakap jak la tuala wanita…3 buah kedai runcit aku pegi…haram satu yang buka…semua tutup.beli di kampung sebelah banjir! Kereta tak boleh lalu yop..!
Masih tidak terlintas difikiran aku banjir akan berlaku di kampungku..padahal dalam perjalanan tadi…aku terserempak trak bomba bernilai 3juta itu…~.~

Dan sehingga la aku dapat tuala ajaib itu…aku pun menyusuri jalan untuk ke rumah..dan…teeetttt!! dah kena! Kereta tak dapat lalu…rumah aku sudah ditenggelami air…ow no!!

Patutla aku hairan kenapa kereta kami di ruma ina’…mama baru hantar kereta dari sana tidak dapat merentasi air yang sedang deras itu…dan aku patah balik ikut mama…tapi, aku fikir…bagus aku di rumah dan memilih untuk pulang ke rumah..

nampak tu? kederasan air tersebut.
pagar kami tecabutt!!
Oh…setibanya di rumah..aku terus on camera telefon.macam biasa.memvideo menggambar.uh!


ini masa air belum naik betul...




Tiba-tiba….~~ OH TIDAK!! NOTA-NOTA AKUUUUU….!!!!!

Aku bergegas ke bawah dan menyelamatkan nota-nota aku dari sem1 sampai sem3 itu..uwuuuuwuuu berjurai air mataku melihatkan keadaan buku-buku…kertas-kertas…fail-fail..semua kembang!! Aku pun segera mengeringkan nota-nota yang sangat berguna untuk masa depan aku. Oh MQA!! Oh! Gimana sihh!! Aku pusing!! Pusinggg!! 



ni baru sikit..yang lain belum di kasi keluar
sedih kan rupa dia..:'(





Ya ALLAH…aku tidak mampu berbuat apa-apa selain bersabar dan menangis. Dan  mengkhabarkan kepada rakan-rakan akan berita ngeri itu. Mahu menyesal pun..tiada gunanya…sendiri buat sendiri tanggung. Kan?
mulai saat dan ketika ini aku tidak akan letak barang di bawah. Biar semua di atas!

Tapi bersyukur kepada Allah yang Maha Adil dan Maha Bijaksana..Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…banjir ini mengajar aku sesuatu yang akan menjadi pegangan hidup aku. Mau tau apa? Ndak mau bagitau! Ini rahsia aku dengan Allah..heheee

Proses membersih banjir pun dilaksanakan pada hari ini jugak..lepas air surut segera kami bersihkan rumah…malam ni pembersihan basah.esok pembersihan kering.








Apa yang jadi pasti ada hikmahnya.
ALLAH PUNYA RANCANGAN UNTUK KITA.
eat.love.pray

1 comment:

Cik Kira said...

owhh men,sangat dahsyat.siok tuh mandi²