Tuesday, November 2, 2010

contohi baik mereka



dimulakan dengan BISMILLAH:)

memecah tembok kebosanan...
aku menonton 2buah cerita barat yang masing-masing punya mesej yang berlainan...
keseronokan menonton membawa aku ke New York 
membawa aku ke Paris...
membawa aku ke chicago..

apa yang aku nampak bersadarkan apa yang aku tonton...
orang barat memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan sepenuhnya...
contohnya...kemudahan pengangkutan...
sibuk dan kelam kabut mana pun mereka...
'taxi!' juga menjadi pilihan...
siapa mereka?mereka pembantu peribadi kepala syarikat...
mereka perancang perkahwinan...
tetap juga memilih teksi...
timbul rasa kagum dalam diri...

berbanding dengan kita di bumi malaysia ini...
pembantu am rendah sudah miliki myvi
pelayan restoran sudah punya motosikal modenas..
[abaikan soal ekonomi bagi pembaca berminda ekonomi]
budaya kita memang jauh berbeza dengan mereka...
pernah dengar orang cakap macam ni..secara fizikalnya kita bebas merdeka,tetapi mental kita masih dijajah..
ya betul.kenapa kita tidak boleh meniru apa-apa yang baik dari mereka?
yang buruk juga  jadi teladan, jadi amalan...

kronologinya begini..

sapi. kita suka makan dagingnya...lebih-lebih lagi daging import. dimasak kari atau rendang lagi pula..sangat menyelerakan...soalnya?adakah dagingnya yang sedap itu sahaja yang diperlukan?tahinya yang busuk itu?tahinya yang menjijikkan itu?jijik mana pun tahi sapi itu...tetap boleh digunkan sebgai baja.tetap menyuburkan tanaman dan tanah. [agak merapu]



filem barat kebanyakannya menyelitkan unsur-unsur yang menjurus kepada seks, pakaian yang agak mendedahkan, gaya hidup yang menjauhkan diri dari Tuhan
betul tidak?betul...baik, jawab aku jawab sendiri.
mungkin.ulang sekali lagi..mungkin.
kebanyakan masyarakat kita hanya tertarik menonton itu...
tapi kenapa yang baik tidak diambil menjadi iktibar?
jangan lihat pelakon utama sahaja..lihat pelakon upahan yang jalan-jalan di belakang mereka...
ada yang sedang membaca...ada yang sedang jogging...
itu boleh menjadi contoh.

aku kurang berminat dengan filem hasil arahan mereka yang tinggal di jepun atau korea...
tapi dasar pandang ke timur aku faham konsepnya...
aku juga faham kenapa mesti dasar pandang ke timur bukan dasar pandang ke barat?
aku faham apa yang cuba mahathir mahukan dari kita...
budaya barat tidak sesuai dengan kita yang di timur
dia mahu kita mengekalkan budaya kita dalam masa yang sama maju dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek..(baiklah, falsafah pendidikan kebangsaan di situ)

kadang isi kepala ini berfikir...
hati bersulam hempedu ini tertanya-tanya...
bila kita boleh menjadi mereka...
menjadi mereka dengan cara kita...
bila...?


tepuk dada tanyalah minda

::sekian rapuan::

No comments: