Wednesday, May 29, 2013

oi hati-hati dengan budak

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakkatuh


dear valued customers,
dengar sini akak nak cakap. hati-hati dengan budak. you know budak? they are Clean and Clear but not Garnier. harap kamu fahamlah.

aku ada adik lelaki yang masih budak. Dia gendut gedempol dan masih budak. Almaklumlah budak, bila dia buat silap, kita yang besar ni lah yang bertanggung jawab membetulkan dia. jadi, setiap kali dia buat benda yang nda semena-mena, aku tegur dia..tegur apa? marah la. Mau kau cakap bagus-bagus? nda mendengarla dia.



masalah besarnya, aku nasihat dan terus nasihat dia sedangkan aku sendiri buat macam dia. you know what i mean? ya, itulah.

1. aku pernah marah ayip sebab menggunakan 'kau' instead of 'mama' dengan mama. aku marah dia. "KAU? kau ingat mama tu apa kau panggil kau kau?" nah, aku marah. Satu hari, aku puji gelang mama, "lawa gelang kau ni mak.." Ayip dengar dan marah aku balik. dia guna ayat yang aku guna dulu marah dia. see, budak kuat mengingat tau.

2. aku keluarkan kek untuk di makan. aku ambik 1 slice dan satu cupcake. aku makan sambil online. aku habiskan kek itu tapi tidak cupcake sebab  mau makan nanti. ayip pun keluarkan kek dari peti sejuk. slice yang besar. aku diam, sebab ayip memang makan banyak. tapi nda abis. aku marah lagi. "tu la! makan tu jangan ikut napsu. macam la kau nda bole ambik  balik kalau abis" sambil aku cuci gelas di sinki. "kak, kau punya cupcake tu na?" dia tunjuk cupcake yang nda abis aku makan. aku diam.

3. "dik, kalau nda tinguk tv tu off la. membazir karan jak"...dia pun off tv. satu hari, ayip tegur aku"kak tika tu, ndak dia off charger laptop tu. nah.." aku diam lagi.


itu sedikit contoh kisah budak. Kita yang besar ini sentiasa ingat apa kita cakap dengan mereka. sebab mereka ni jenis yang mark your words dan belajar dari words itu..dia simpan. Kalau ya pun mau mengajar, ajar diri dulu. nak nak kau tu bakal cikgu ye dak? tak pasai-pasai anak murid kau kencing berlari sebab kau.


..ibarat kain putih yang suci dan bersih,
terpulang bagaimana untuk mencoraknya..






Sunday, May 26, 2013

E6

Bismillahirrahmanirohim..
Assalamualaikum dan salam bollywood!


aku ada telefon.
kamu pun ada kan? S-II la S-III la S-IV la S sana S situ..itu baru S, belum lagi I...I phone..BB..smua huruf kau sapu.
aku? Norkiah ler apa lagi..





ini telefon aku. perasan BlackBerry sikit.

hubungan aku dengan telefon sangat akrab.
aku suka ambik video. terutama video gelagat anak-anak buah aku.
kadang-kadang, telefon aku lebih berfungsi sebagai video cam berbanding alat telekomunikasi.

walau bagaimanapun, aku selalu tertinggal handphone.
di rumah, di bilik, di kelas, dalam kereta, di restoran pun pernah.


nak tahu, aku did the same dengan kunci kereta.
sekali tu, aku tercicir kunci di RJ tuaran. sampai sekarang nda jumpa.
dua kalinya, kunci tertinggal di tandas restoran. nasip jumpa.


paling selalu berlaku, battery empty. dan aku akan biarkan sampai aku nampak charger.
dulu suziela geram sampai dia sendiri p charge telefon aku. dia selalu pesan, CAS HENPON KAU!

seterusnya, yang kerap berlaku pada henpon aku, tiada kredit.

moral of the story,
1. sentiasa ingat dan beringat.
2. bawa beg. kau perempuan, beg tu sinonim dengan kau.



kalau aku tidak dapat dihubungi, masalah-masalah di atas mungkin berlaku.