Wednesday, January 15, 2014

Nanny Tale

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Bermula Disember aku dikontrakkan menjaga 2 anak buah aku yang semestinya menggeramkan sebab dua-dua pun lucu banget. Named, Rayyan dan Qyra. dua-dua pun Super Active Boy. Walaupun satu tu perempuan.
Ari tidak disenaraikan kerana dia sudah besar. Ari sudah darjah satu 2014 ini. Dari darjah satu aku suka kamu bilang ari~~

Ari. Yayan dan QYra with her new haircut. lol.


DUA. bukan jumlah yang besar. dua saja. senang.
Tapi, Allahu rabbi...kamu takkan tahu selagi tiada cctv yang dipasang untuk merakam hari-hariku menjaga dua malaikat kecil ini.

1. bangun awal. Perkara ini untuk mengelakkan rasa bersalah kepada ibu bapa anak-anak yang diasuh.

2. Kasi mandi mereka dengan rasa gembira. Sebab budak-budak ni ada yang nda suka mandi. Jadinya pegi mandi mesti ceria-ceria. Bila kasi mandi ni, aku mulalah nyanyi lagu yang aku cipta sendiri.

3. Masak dulu untuk mereka. Mengemas kemudian sebab kawasan yang terbabit pasti akan semak. faham kan? SEMAK. Bab masak, aku kadang-kadang tidak hebat. kalau masa tu aku rasa aku tidak hebat, aku masak bubur + sayur hijau/ayam + secukup rasa Maggi. Kompom Sedap!

4. Layan permainan dorang. ini yang penat. Kalau dorang tanya, jawab dengan KESABARAN.

5. Buatkan mereka susu apabila perlu. Yayan boleh cakap. Qyra dia akan bagi isyarat seperti merengek. rengekannya tidak dapat diinterpretasi dalam bentuk tulisan. Sebab Qyra tidak fasih bertutur lagi.

6. Tidur time! ini favorite part aku. hee. Kasi tidur ni macam makan kuaci ja. tips, baring sebelah dorang nyanyi-nyanyi (zikrullah sangat disarankan. budak tidur plus pahala). Siap! boleh la urus diri kau. kalau aku siapkan diri aku sebelum mereka, sudah pasti aku berkeringat tak henti-henti. (kadang-kadang aku mandi tengah hari..atau malam).

7. Jaga budak ni macam curve graph juga..waktu puncak, lepas makan tengah hari. mereka akan sangat aktif. Lepas tu, graph turun balik sebab penat main dan tidur. bangun, petang sudah.

8. Kalau musim ada kereta dan ada $$.. aku mula la gatal bawa budak-budak ni jalan. Lepas tu aku sendiri tekanan.

9. Minggu pertama aku menjaga anak-anak ini, mereka diserang selesma dan demam. Ubat jangan lupa kasi makan sebab ubat tu juga bertindak sebagai ubat penenang. lebih tepat lagi, ubat tidur.


Banyak lagi aku mau cerita. tapi, bukan sekarang. Kaaaaaarang.
satu yang aku kesal dengan diri selama aku jadi babysitter tidak bersijil ini bila aku gagal ajar dorang sesuatu yang baru tentang kehidupan. #ko pehhal?

classmate.



Kesimpulannya, 

DEAL WITH IT.

No comments: