Thursday, September 22, 2011

Saya akan Rindu Dia


entry KHAS buat cikgu kesayangan
CIKGU CAROLINE @ LORENA DAVID

setiap pertemuan mesti ada perpisahan. adatlah kan?
cikgu suda jadi tutor kami selama ini. 2009-2011...ya tidak la lama mana. tapi aku suda banyak belajar dari cikgu. dari A sampai la ke Z...
nasihat-nasihat cikgu semua sangat berguna. semua betul!


cikgu akan berhenti berkhidmat buat beberapa tahun untuk sambung belajar. Ph.D. tatatingkat tertinggi saya kira. sangat bangga dengan cikgu. cita-cita mau jadi macam cikgu. teringin sangat!


teringat dulu, masa banjir di rumah. nota-nota pembelajaran aku semua kembang dek air..sedih! serius sedih! aku kongsi perasaan dengan kawan2..termasuk cikgu. sebab aku xtau apa mau buat lepas tu. patutkah aku buat balik nota tu atau apa? yang buat aku terharu..hampir tengah malam masa tu, cikgu masih sudi call aku tanya macam mana keadaan aku dan nota2 aku..terharu siot!



terima kasih cikgu. kerana sudi meluangkan masa dengan kami. mendengar keluh kesah jiwa resah.
terima kasih cikgu sebab sudi jadi kawan kami.

ndak lama lagi cikgu akan mendirikan rumah tangga..finally! itu yang kami tunggu-tunggu...!
semoga berkekalan hingga ke anak cucu..:)


doaku buat cikgu, 
semoga cikgu bahagia dan gembira selalu.
sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Tuhan.

saya sangat sayang cikgu!

1 comment:

Kira Kekuri said...

byee2x cikgu. biarpun sa tidak kenal. huhu