Monday, May 12, 2014

Second Last

Assalamualaikum pembaca budiman.
Bismillahirrahmanirrahim

almost there kata Inggerisnya.
sorop pea kata Samahnya.
hampir ke situ kata Melayunya.

Allahuakbar. Mana lagi nikmatMu yg hendak didustakan? (macam dalam Ar Rahman tapi bukan begini ayatnya.)

di sini aku cukup semua.
#keluarga aku yang jaraknya kurang 50KM dari tempat aku. aku boleh balik bila aku suka.
#kadang-kadang aku pilih ke mana aku suka, simpang kiri atau kanan. keluarga di mana-mana.
#kawan-kawan aku yang sentiasa teman aku. Dorong aku. Aku gembira di sisi mereka.
#makan aku yang cukup dengan jarak pekan tuaran yang beberapa langkah saja suda sampai.
#Pakai aku cukup untuk seminggu kuliah, seminggu ke sekolah.
#peluang aku mendaki gunung Kinabalu, 8  hari di utara Malaysia, 3 hari di Sarawak, seminggu Jamboree      Sandakan, Jamboree Putatan, camping di sana sini, melawat itu ini, pergi situ sini.
#tinggal di asrama serba lengkap
#kawasan kampus yang damai, kecil dan tidak menyusahkan kalau mau berurusan.
#peluang ke 7 buah sekolah untuk PBS dan Praktikum
#makanan cafe yang SEDAP dan MURAH
#pensyarah yang best-best
#pengarah yang mesra dan pemurah

apa lagi? Allahu. banyak!

di sini aku membesar. mematang. memberat, mencantik sampai orang nda kenal. (pui)
semester depan tinggal di rumah sewa sendiri dengan kawan-kawan.
kata Cikgu Amidy,
tinggal sendiri ini membuktikan kematangan kamu. Matang bermakna menguruskan kewangan, sosial dengan masyarakat.


untuk peperiksaan kedua terakhir ini, aku berharap, sesiapa pun berharap untuk dapat tu first class.

Selamat menduduki peperiksaan kawan-kawanku...

PISMP BAHASA MELAYU. KEKUATAN ANGGOTA 21 ORANG. SIAP SEDIA MENERIMA ARAHAN SETERUSNYA TUAN!




Wednesday, February 12, 2014

Getah gula-gula Getah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Aku sedar aku mau jadi cikgu.
Aku sedar ini tahun terakhir aku sebagai pelatih guru.
aku sedar aku masih perlu ilmu.
ilmu untuk anak-anak baru.
sebab zaman sekarang tidak sama macam dulu


berhadapan dengan permainan ini setiap hari. Tabah dan sabar jadi kunci

aku baru beberapa hari sudah rasa begini.
macam mana guru-guru yang sudah lama dalam bidang ini?
cuba cakap kerja cikgu senang.
cuba.
cuba jadi cikgu.
cuba.







Don't try to fix the students,
Fix ourselves first.
The good teacher makes the poor student good.
When our student fail, we, as teachers, toohave failed.





Wednesday, January 15, 2014

Nanny Tale

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Bermula Disember aku dikontrakkan menjaga 2 anak buah aku yang semestinya menggeramkan sebab dua-dua pun lucu banget. Named, Rayyan dan Qyra. dua-dua pun Super Active Boy. Walaupun satu tu perempuan.
Ari tidak disenaraikan kerana dia sudah besar. Ari sudah darjah satu 2014 ini. Dari darjah satu aku suka kamu bilang ari~~

Ari. Yayan dan QYra with her new haircut. lol.


DUA. bukan jumlah yang besar. dua saja. senang.
Tapi, Allahu rabbi...kamu takkan tahu selagi tiada cctv yang dipasang untuk merakam hari-hariku menjaga dua malaikat kecil ini.

1. bangun awal. Perkara ini untuk mengelakkan rasa bersalah kepada ibu bapa anak-anak yang diasuh.

2. Kasi mandi mereka dengan rasa gembira. Sebab budak-budak ni ada yang nda suka mandi. Jadinya pegi mandi mesti ceria-ceria. Bila kasi mandi ni, aku mulalah nyanyi lagu yang aku cipta sendiri.

3. Masak dulu untuk mereka. Mengemas kemudian sebab kawasan yang terbabit pasti akan semak. faham kan? SEMAK. Bab masak, aku kadang-kadang tidak hebat. kalau masa tu aku rasa aku tidak hebat, aku masak bubur + sayur hijau/ayam + secukup rasa Maggi. Kompom Sedap!

4. Layan permainan dorang. ini yang penat. Kalau dorang tanya, jawab dengan KESABARAN.

5. Buatkan mereka susu apabila perlu. Yayan boleh cakap. Qyra dia akan bagi isyarat seperti merengek. rengekannya tidak dapat diinterpretasi dalam bentuk tulisan. Sebab Qyra tidak fasih bertutur lagi.

6. Tidur time! ini favorite part aku. hee. Kasi tidur ni macam makan kuaci ja. tips, baring sebelah dorang nyanyi-nyanyi (zikrullah sangat disarankan. budak tidur plus pahala). Siap! boleh la urus diri kau. kalau aku siapkan diri aku sebelum mereka, sudah pasti aku berkeringat tak henti-henti. (kadang-kadang aku mandi tengah hari..atau malam).

7. Jaga budak ni macam curve graph juga..waktu puncak, lepas makan tengah hari. mereka akan sangat aktif. Lepas tu, graph turun balik sebab penat main dan tidur. bangun, petang sudah.

8. Kalau musim ada kereta dan ada $$.. aku mula la gatal bawa budak-budak ni jalan. Lepas tu aku sendiri tekanan.

9. Minggu pertama aku menjaga anak-anak ini, mereka diserang selesma dan demam. Ubat jangan lupa kasi makan sebab ubat tu juga bertindak sebagai ubat penenang. lebih tepat lagi, ubat tidur.


Banyak lagi aku mau cerita. tapi, bukan sekarang. Kaaaaaarang.
satu yang aku kesal dengan diri selama aku jadi babysitter tidak bersijil ini bila aku gagal ajar dorang sesuatu yang baru tentang kehidupan. #ko pehhal?

classmate.



Kesimpulannya, 

DEAL WITH IT.