Sunday, March 17, 2013

KULIT SENSITIF

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum sidang pembaca yang akak sayangi semuanya .. 

hari ini, Kak Tik nak share satu jer..


Be modest, be respectful of others, 
try to understand.
tulisan sengaja dipurplekan sempena 1million woman purple walk yang akak sertai tadi


adik-adik semua, mestilah sentiasa peka kepada persekitaran adik-adik agar segera mendapat respon daripada apa yang berlaku. barulah hidup aman dan sejahtera. dalam sukatan pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan, terdapat satu tema yang bertajuk "hidup bersama dalam masyarakat dan sekolah"
sesuai dengan umur adik-adik (10-11 tahun) yang sudah mula mempelajari subjek PSK, adik-adik mesti tahu semua ini. akak pun malas nak cakap panjang, adik-adik pun dah besar kan, pandaila pikir ya.


akak sayang adik-adik semua!
mari kita jadi rakyat Malaysia yang berjaya!

Saturday, March 2, 2013

19 Rabiulakhir 1434H

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

aku manusia. sebab tu aku pelupa.
hari ini 2 Mac 2013 bersamaan dengan tarikh tajuk post ini dalam kalendar Islam.
hari ini tarikh ulang tahun kelahiran sahabat baik aku Ildah Nahur Padli.
 


INI UNTUK ILDAH.


dah, aku minta maaf sebab aku luuuuuupa! hari ini birthday kau yang ke 22.
macam taun lepas, birthday kau memang kena pada tarikh KOT kami.
mungkin aku lupa sebab terlalu fokus dengan KOT.
dan aku rasa sangat lucu sebab aku buka facebook baru aku teringat.



dah, HAPPY BIRTHDAY!! wa sayang lu sangat sangat!
semoga kau sentiasa kuat dan semakin kuat di sana.
semoga kau sentiasa macam kau sekarang.
terima kasih sebab selalu kasi ingat aku tentang posisi sebagai hamba Allah.
kau baik. sebab tu kau cantik.
kadang-kadang aku malas sebab kau baik betul. tapi aku suka sebab kau baik.
dah, aku mau jadi macam kau..baik macam kau.
bukan aku memuji. tapi terimala hakikat. kau patut dipuji.


berapa zaman kita sama-sama. aku nampak kau membesar. aku nampak perubahan kau. tumbuh dan bercambah macam pokok yang ranum berbuah. #ok kah begitu?
dalam fasa perubahan kau, aku banyak belajar dari kau.
ada sebab untuk aku tidak sayang kau? tiada.

kau selalu sedarkan aku yang peluang sentiasa ada.
kau ajar aku untuk terus berpositif walau dalam keadaan negatif.
aku rasa Allah sayang aku sebab takdirkan aku kawan dengan kau sampai sekarang.


sabda Rasulullah apabila timbul persoalan tentang siapakah sabahat yang baik?

seseorang apabila kamu melihatnya ,kamu akan teringat kepada Allah S.W.T, apabila kamu mendengar ucapannya, pengetahuanmu tentang Islam bertambah,dan apabila kamu melihat perlakuannya,kamu akan teringat pada hari akhirat,"


dah, aku sayang kau. sekali lagi, HAPPY BIRTHDAY DAHHHH!! saranghaeyo!


nah hadiah hari jadi kau.

aku pasti kau mesti ada sini masa aku taip benda ni sebab mula jam 9. aku siap tulis jam 9.10.