bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
PBS 1: sekolah tempat sendiri. aku pilih SK Labuan, Kota Belud.
PBS 2: sekolah bandar. aku dapat SK Bukit Padang, Kota Kinabalu.
PBS 3: sekolah luar bandar (eh, betulkah?). aku dapat SK Kuala Abai Kota Belud.
PBS 4: sekolah kurang murid. aku dapt SK Bundung, Tuaran.
*info tambahan: kecuali PBS 1, semua PBS, aku satu kumpulan dengan Ozlyn. what? yah.
*info tambahan lagi: Fail aku semua belum susun.cett.
SK Bundung, perjalanan yang mengambil masa kurang 10 minit untuk tiba di sekolah tersebut dari tuaran. pandangan pertama aku terhadap sekolah ini, Waaaahh! sekolah dalam taman..banyak bungaaa..
gambar di sekolah mestilah skema ya. kerana kaki sebelah ini suda cikgu. kalau buat muka juling, anak-anaknya jadi kepelikan. "ui cigu tu juling" mereka kata. |
bersama rakan setugas *tripp*. aku, ozlyn, alicia su, caroline tham (kent), azijah (tawau) dan fazilah (keningau) di hadapan tapak perhimpunan. |
menara jam SK. Bundung yang melambangkan masa itu menjadi keutamaan di sini. |
p/s: sekolah aku tidak ambik cuti raya. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Xperlu ganti sekolah beb!