Tuesday, July 24, 2012

Pergi tak akan Kembali

assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ya Rabbi.
21 tahun dikasi pinjam jasad. nyawa. keluarga. kawan2.
sampai sekarang, hari ke-4 Ramadhan aku untuk tahun 1433H.
aku masih sempat bersama syahrul barakah ini.
masih lagi sempat bersama keluarga dan rakan-rakan menunaikan ibadah puasa ini.

sayu hati tengok kawan-kawan yang sama seperti aku, sambut Ramadhan dengan penuh syukur.
tapi bezanya, mereka tiada orang paling dan amat tersayang di sisi seperti dulu.
dorang teda lagi kawan sibuk-sibuk siapkan juadah berbuka.
dorang teda lagi kawan sibuk-sibuk siapkan sahur.
dorang teda lagi kawan sibuk-sibuk buat persiapan raya.
dorang teda mama suda.
teda bapa suda.

~tahun 1st Ramadhan tnpa dia disisi..miss u mom.. be strong....

*post seorang kawan yang baru sahaja kehilangan kasih seorang ibu 7 julai lalu :'(

 http://tiapunyeblog.blogspot.com

sentiasa kita doa untuk mereka.




 http://hplusmagazine.com



love your parents.
we are so busy growing up
we often forget they are also growing old




p/s: buat apa saja untuk mereka, selagi mereka ada. selagi kita ada.

Monday, July 9, 2012

Volunteer

Assalamualaikum adik-adik!


volunteer menurut kamus Nokia E6 bermaksud, 

a person who offers to do, or does, something (especially who joins the army) of his or her own free will.

entah mengapa ya, aku tiba-tiba mau jadi volunteer.
pegi rumah anak-anak yatim
rumah-rumah orang tua
kasi bersih itu ini
mesti seronok!

malangnya aku ndak tau macam mana mau memulakan langkah.
tak kan aku mau tubuh kelab sukarelawan aku sendiri?

Monday, July 2, 2012

Bismillah.
Assalamualaikum.

itulah padahnya stalking orang. dorang berdosa. kau pun terjebak sama. *kau itu aku*
faham?
contoh paling senang, ejek gambar orang.

aku bukanlah arif sangat tentang hal ini.
apa yang ada sedikit cuma.
tetapi, hasil pemerhatian, dapat aku simpulkan.
ya. aku sendiri tidak perfect.
sempurna itu hanya milik Allah.
malah aku rasa tidak patut juga untuk aku nyatakan di sini
tapi atas niat ingin berkongsi untuk kesedaran diri
sebelum menjadi si mati
terdampai sendiri sepi menanti
menanti puncak dan akhir barzakh sebelum ke masyhar.

sejak wafatnya Rasulullah, Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam, dunia ini memang sudah menunjukkan pengakhirannya. mujur masih ada 2 tali untuk berpaut. berpaut dari di buai arus deras dunia yang menongkah fitrah yang sepatutnya. Al Quran dan Sunnah.

bila aku melihat kepada putaran masa. aduh! laju sungguh! hingga aku tergopoh-gapah untuk mengcatch-up semua yang berlaku untuk disemat dalam ruangan khas untuk memori yang entah tiada siapa yang tahu kapasitinya. lebih beratus teraGB.

bila aku melihat kepada perubahan. aku sekali lagi rasa aduh! berbeza sungguh! hingga aku menepak lembut dahi luasku yang berjerawat ini melihat kepada setiap perubahan yang berlaku di sekliling aku. super advance!   dan mulalah aku bermonolog. mungkin dulu begitu atas faktor itu. mungkin sekarang begini atas faktor ini.

mungkin dulu sudah puas untuk menutup semuanya. hingga kini, inilah masanya untuk didedah
mungkin dulu malu kerana guru-guru. hingga kini masih tak jemu.
mungkin dulu dituntut peraturan. hingga kini semuanya bertaburan. berterbangan.
mungkin dulu badan kecil sebab tu baju nampak longgar. sekarang badan besar sebab tu baju nampak kecil.



entah kenapa, mereka yang melakukan
aku merasa salah.
entah kenapa, mereka yang begitu
aku merasa peritnya.

sekali lagi, aku tidak sebaik dan semulia malaikat. yang iman dan pahalanya tetap dan sentiasa bertambah.
aku juga manusia seperti kamu. kita manusia sebab tu kita pandai melihat. mendengar. bertutur. membaca. menulis. kemahiran asas bagi manusia.

Allah kurniakan semua untuk melihat betapa indahnya perancangan Allah untuk kita. tapi kita malas. kita suka berlengah. kita sentiasa fikir mati hanya untuk orang tua. padahal, bayi yang belum lahir juga boleh mati. inikan kita yang sudah hidup berabad.

gerbang taubat tiada kuncinya. kita boleh masuk bila-bila.

"Manusia itu tidur, dan apabila dia mati baru dia sedar"




sama-sama kita cuba untuk berubah ya!